Friday, December 26, 2008

Andai kau tahu segalanya...

Salam Rakan-Rakan,

Saya baru sahaja mendapat berita yang rakan saya bernama Hilmi baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang apendiks. Saya berharap beliau sembuh sepenuhnya sebelum sesi universiti musim sejuk bermula. Ini merupakan kes kedua apendiks yang melibatkan rakyat Malaysia di Edmonton. 

Sebaik sahaja mendapat berita tersebut, saya termenung seketika memikirkan faktor yang menyebabkan masalah apendiks. Saya masih teringat kata-kata guru saya yang mengatakan apendiks tidak mempunyai fungsi yang khusus dalam mekanisme tubuh badan manusia. Dalam erti kata lain ketiadaan apendiks tidak akan menjejaskan mekanisme tubuh badan manusia. Namun begitu, apendiks pasti mempunyai fungsi khusus yang belum didedahkan oleh manusia kerana setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya. Saya berharap rakan-rakan yang mempunyai maklumat mengenai penyakit ini dapat berkongsi bersama secebis ilmu tersebut.


Penulis berasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang bersikap pelik dan ganjil dalam meneruskan hidup mereka. Malah golongan gemar menyalahkan pihak lain di atas kegagalan yang dialami oleh mereka.

Kisah seorang penglipur lara

Seorang penglipur lara dengan bangganya mencanangkan kepada satu dunia bahawa beliau akan membinan sebuah kerajaan yang unggul setelah menjatuhkan sebuah pemerintahan yang zalim di negaranya. Kisah ini dicanangkan sehingga ke merata tempat oleh sang penglipur lara dengan sepenuh hati. Yang menariknya pengikut-pengikutnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada penglipur lara walaupun harapan itu belum pasti. Namun si penglipur lara ini tidak berputus asa memberi harapan palsu kepada pengikutnya.

Penglipur lara ini mengatakan bahawa beliau mampu menubuhkan sebuah kerajaan kerana mempunyai bilangan ahli parlimen dari pihak lawan yang cukup untuk berpaling tadah ke partinya. Bagi pengikutnya, beliau merupakan seorang patriot yang amat disegani dan mempunyai kepimpinan tahap tinggi. Persoalannya, mengapa sang pelipur ini tidak meminta ahli parlimen terbabit meletak jawatan agar pilihanraya kecil dapat dijalankan dengan segera? Ternyata sang pelipur yang selalu megkritik kerajaan hanya seorang yang bacul dan hanya mampur berkata-kata kosong. Malah rakan seperjuangan beliau yang selalu merantau dengan roket juga mengkritik mengatakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan yang tidak terhormat.

Tetapi yang uniknya, rakan seperjuangan yang bermain bulan ternyata menyokong cara penglipur lara terbabit. Malah media mereka digunakan untuk menghentam pihak lawan dengan menyatakan bahawa pihak lawan pernah menggunakan taktik yang sama terhadapa mereka. Persoalannya, apa beza kita dengan seorang pencuri jika kita pun seorang pencuri. Renungkanlah.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, saya pasti rakyat mampu mengakses maklumat dengan mudah dan mereka mampu menggunakan akal fikiran mereka bagi membezakan anatra hitam dan putih. Yang menariknya, media A dituduh sebagai melaporkan cerita-cerita yang tidak benar dan hanya melaporkan perkara buruk tentang kem penglipur lara.
 
Adakah kem penglipur lara begitu maksum sekali? Adakah media pihak penglipur lara itu wahyu ALLAH? Jawapannya TIDAK.... Begitu juga keadaanya dengan pihak A kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna dari kesilapan.

Apabila media A melaporkan kepincangan pihak penglipur lara, maka media terbabit dituduh sebagai pembelit. Namun apabila media penglipur lara melaporkan  sesuatu yang masih tidak pasti kesahihannya,pengikutnya dengan sepenuh hati percaya apa sahaja yang dilaporkan oleh media mereka.


Saya bukan mengatakan yang pihak A sempurna dan saya juga tidak menyokong sepenuhnya kepimpinan pihak A dalam menerajui negara. Namun inilah yang dikatakan demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih. Pihak A sudah dipilih oleh rakyat untuk memerintah jadi kita sebagai rakyat haruslah menerima keputusan majoriti rakyat.

Begitu juga kisahnya di pihak penglipur lara, mereka juga telah berjaya mempunyai beberapa kerajaan sendiri yang membuktikan sokongan rakyat kepada mereka. Kemenangan mereka juga tidak harus disangkal kerana rakyat telah bersuara dalam pilihan raya yang lepas. 

Saya rasa saya harus meletakkan noktah disini kerana isu ini jika dihuraikan pasti mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Saya kecewa dengan pihak A tetapi saya kesal dengan pendekatan penglipur lara. Ini pegangan saya, jadi saya pinta rakan-rakan untuk menghormatinya. Yang pastinya pilihanraya umum dan 16 September sudah berlalu namun pahat masih berbunyi walaupun rumah sudah siap dibina.


P/s : saya tidak menyokong mana-mana pihak pada ketika ini kerana perjuangan kedua dua pihak ternyata mengusutkan pemikiran saya.

P/s/s: saya berharap seorang insan akan mengubah senario yang berlaku pada hari ini.

p/s/s/s: Jangan saman saya dan jangan hanya tahu menghentam tanpa sebab kerana ini yang dikatakan kebebasan bersuara

p/s/s/s/s: kepada manusia yang memanggil pihak lain sebagai beruk-beruk di jalanan. Sedarlah yang hukum Allah bukan tanggungjawab satu pihak tetapi tanggungjawab semua muslim.

2 comments:

aRiFf ShAzWaN said...

hahaha..

penglipur lara yang hebat itu sangat diagungkan oleh banyak manusia.. sampai biler pihak yang salah nak mengaku salah ak pun tak tahu.. macam mana diorang boleh tidur sedangkan tahu diri asyik menipu orang.. ak ckp kat dua-dua pihak..

and owh yeah.. appendiks.. according to muhsin yang pernah kena appendiks gak.. appendiks berfungsi masa membesar sahaja.. biler dah besar.. dah takde guna.. redundant sahaja..

TyRoX SaN said...

eh arip...

geng2 dia maksum.... pihak A je asyik wat salah... dorang x penah langsung....

mmg padan ark. penyangak lawan dengan penyamun. sama2 menjelakkan.