Pages

Friday, June 5, 2015

Profesional

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  • Berita tentang ketidakhadiran Perdana Menteri (PM) ke forum yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir membanjiri Facebook. Cerita tentang gempa bumi di Sabah pun terus tenggelam.
  • Kenapa PM tidak hadir? Sebab sebenar hanya diketahui oleh beliau. Saya cuma kesal dengan cara Ketua Polis Negara membuat arahan pembatalan melalui "tweet". Medium dan cara yang dilakukan oleh beliau ternyata tidak bersesuaian dengan kedudukan beliau. 

Kisah Status Facebook.

  • Baru-baru ini juga kecoh di media dengan kisah sekumpulan doktor muda yang digambarkan seolah-olah menghentam pesakit yang membuat pilihan yang BERBEZA daripada praktis yang sepatutnya.
  • Saya tidak mahu ulas tentang pilihan pesakit tersebut sebab kebelakangan ini juga terlalu ramai orang yang mampu berkata-kata hebat dengan rujukan daripada GOOGLE.
  • Saya juga tidak berminat untuk mengetahui situasi dan perasaan yang dialami oleh seorang doktor. Semua sedia maklum bahawa kerjaya sebagai doktor penuh dengan cabaran dan menuntut kesabaran yang tinggi.
  • Saya cuma yakin persepsi buruk ini dapat ditangani sekiranya seseorang profesional itu bersikap PROFESIONAL di tempat kerja. Perkara yang perlu diingati oleh semua pihak ialah INTERNET bukanlah tempat yang menawarkan privasi.
  • Simpanlah luahan perasaan yang berkaitan KELUARGA, PERASAAN dan juga KERJA dalam hati bukannya digembar-gemburkan di media sosial.
  • Saya percaya rakan-rakan doktor akan terus berjuang melaksanakan kerja mereka walaupun dicemuh oleh sesetengah pihak yang cuba mencalarkan kredibiliti mereka.
  • Semoga kita semua istiqamah bekerja dalam mencari keredhaan Allah. Insya allah.

Sekian. Terima kasih.

~~Mohd Akmal~~

No comments: