Pages

Thursday, September 19, 2019

Panggilan akhir

"Panggilan akhir untuk penumpang penerbangan FY1422 ke Pulau Pinang."

Ahmad berlari sekuat hati saat mendengar pengumuman itu. Ya dia sudah terlewat.

Namun hatinya sedikit lega kerana memilih Subang Skypark untuk penerbangan awal pagi ini. Kalau di KLIA atau KLIA2 pasti lebih kelam kabut hidupnya.

Saat tiba di pemeriksaan keselamatan kelihatan barisan panjang kerana cuma ada satu laluan yang beroperasi.

"Panggilan akhir untuk penumpang bernama Ahmad Bin ......... bagi penerbangan....."

Pengumuman ini membuatkan hati lebih tidak keruan.

Secara tersipu Ahmad memohon pada penumpang lain yang sedang beratur dan memberi isyarat untuk memotong garisan.

Syukur. Tiada halangan atau pandangan janggal daripada mereka. Mungkin mereka faham atau siapalah Ahmad untuk membaca hati mereka.

Sebaik melabuhkan punggung dalam kapal terbang, Ahmad terus melelapkan mata kerana terlalu letih dengan peristiwa pagi ini.


No comments: