Pages

Friday, February 14, 2020

Lama

"Ahmad, jom pi makan. Naik motor aku," ujar Shariman sambi menguis bahu Ahmad.

Motorsikal yang digunakan Shariman adalah dari jenis Y15 atau dengan nama glamour digelar sebagai Ysuku.
Ahmad pula hanya menggunakan motorsikal EX5 tahun 2000 yang diberikan oleh bapanya.

"Sedap rupanya motor ni," bisik hati Ahmad saat membonceng motor milik Shariman.

Sangkanya selama ini motor adalah motor sahaja. Saat hujan masih basah.
Rupanya dia silap. Konsepnya sama seperti sebuah kereta juga. BMW mungkin tak sama dengan PERODUA.

Gegaran motor yang dirasai selama ini sebenarnya tidak normal. Mungkin tidak rosak tetapi sudah agak uzur dengan usianya.

Begitu juga pengajaran dalam hidup ini.

Kita akan merasa cukup dan tenang sekiranya kita tidak terkejar dengan dunia orang lain. Syukur dan terima sebenarnya lebih baik. Di saat kita mula membandingkan hidup dengan orang lain maka hati mula tidak tenteram. Bukan hanya wang ringgit tetapi cara hidup manusia lain.

Yang keduanya, kita juga tidak tahu mana ruang penambahbaikan sekiranya kita terlalu selesa dengan kantung sendiri. Gunakannya untuk penambahbaikan bukannya sebagai alasan merintih dan menangisi nasib diri.

Hidup itu satu pilihan.

No comments: