Pages

Wednesday, April 1, 2020

Frontliner

Mereka bersarung penuh.
Ada berwarna biru.
Ada berwarna putih.

Pasti ada benda yang mereka inginkan.
Pulang ke rumah.
Bersama keluarga.

Saat itu juga diri terasa kerdil.
Apa agaknya jasa pada dunia ini.

Dulu pernah terdetik menjadi doktor.
Rasanya biologi tidak susah.
Minat juga mendalam.

Tetapi sedar satu kelemahan diri.
Tidak boleh melihat darah.
Atau bau darah.

Selepas SPM.
Keputusan layak untuk memohon jurusan itu.
Namun berfikir panjang apa hala tuju.

Minat sahaja tidak cukup.
Ia perlu datang dengan wang ringgit.
Maka saat itu dilupakan mimpi menjadi pemandu belon laju.

Minat dan layak dengan cemerlang.
Tetap tidak boleh.
Ini masa hadapan.

Akhirnya.
Dipilih sains fizik bagi haluan selanjutnya.

Redha dengan jalan yang dipilih.
Mungkin ini yang terbaik.

Di saat melihat rakan pemandu terdetik rasa cemburu membelah awan.
Terbayang membuat pengumuman di langit.

Di saat melihat rakan perawat moden.
Terdetik rasa cemburu melihat mereka berkorban demi negara.






No comments: