16 Mei 2021
2.01 pm - Tiba di PPV Universiti Malaya.
2.28 pm - Disuntik vaksin
2.51 pm - Selesai urusan vaksin.
3.20 pm - Tiba di rumah. Lengan kiri mula lenguh
8.20 pm - Badan mula rasa penat. Mungkin berpunca dari keletihan biasa. Lenguh masih terasa tetapi semakin berkurangan.
10.15 pm - Tekak terasa pedih. Minum air dengan banyak tetapi masih rasa pedih.
17 Mei 2021
12.11 am - lengan rasa sakit terutama di tempat suntikan. Tiada lebam atau bengkak.
2.34 am - terjaga dari tidur. Sakit makin kuat apabila tangan bergerak.
4.05 am - tekak masih pedih. tidak boleh tidur dengan nyenyak. lengan semakin sakit
6.53 am - lengan semakin sakit. buka baju guna tangan kanan sahaja. kalau gerakkan tangan kiri akan rasa sakit. badan rasa lesu dan penat. Mungkin kerana tidak cukup tidur.
8.10 am - sakit kepala. sendi mula terasa sengal. badan sejuk menggigil.
8.30 am - makan panadol 2 biji. badan rasa sangat lesu. tidak boleh tutup mata kerana sakit kepala.
12.01 pm - Sedar dari tidur. suhu badan tidak terlalu panas. kepala masih sakit. lengan pun masih sakit. Tekak sudah kurang pedih. Panadol berkesan. Insya allah
1.30 pm - makan lagi sebiji panadol. Getting better. demam dah kurang. kepala masih sakit. Nak tidur semula
6.49 pm - kepala masih sakit. demam sudah tiada. tetapi rasa sejuk gigil. lengan kiri masih sakit tetapi berkurangan.
7.47 pm - sakit kepala sudah berkurangan. masih sejuk gigil.
18 Mei 2021
6.30 am - Makan panadol
8.09 am - demam sudah tiada. sakit kepala masih ada. lengan masih sakit
4.37 pm - makan panadol. demam sudah tiada. sakit kepala sudah tiada. lengan masih sakit. Badan rasa sejuk sikit.
10.37 pm - makan panadol. badan sudah sihat. hanya tempat injection yang masih sakit.
19 Mei 2021
7.15 am - Makan panadol. badan sihat. tempat injection yang masih sakit (tetapi sikit sahaja). alhamdullilah.
2.11 pm - Badan sihat. Tempat injection sahaja yang masih sakit (manja2). No more panadol. alhamdullilah. I'm signing off this update.
#cucukMyAZ
#lindungidiri
#lindungisemua
1 comment:
selamat hari raya akmal
semoga sentiasa bahagia
Post a Comment