Pages

Monday, July 11, 2022

Rebung

Pelaburan itu bermakna hasilnya dituai selepas beberapa ketika.
Boleh jadi esok, lusa, tahun atau dekad lamanya.

Bahasa mudahnya jika kita berkehendakkan sesuatu maka perlu aktiviti pelaburan.
Boleh jadi tenaga, wang, masa dan perhatian.

Perkara penting dalam pelaburan adalah masa selain dari tempat yang tepat.
Adakala kita mungkin terbazir masa kerana berada di tempat yang salah.
Namun kebanyakannya masa adalah faktor penting.

Bandingkan pelaburan wang ke akaun simpanan secara konsisten selama 18 tahun dengan pelaburan pukal pada tahun ke 18.

Pasti berbeza kan?

Sekarang bandingkan pula pelaburan kita untuk manusia. Untuk yang tersayang?

Kita perlu mula sekarang atau setelah 25 tahun?


No comments: