Pages

Monday, August 29, 2022

Mengejar Bintang

Sukar melihat bintang di langit malam.
Sekiranya ada pencemaran cahaya lain atau cuaca mendung.

Biarlah ada berjuta bintang di galaksi yang nun jauh di sana.
Masih sukar untuk kelihatan dengan cahaya depan mata.

Langit malam yang gelap dan tenang juga yang terbaik bagi merenung bintang.
Bintik-bintik kecil bercahaya nampak indah dan tersusun.

Adakalanya kita perlukan malam yang gelita untuk menghayati keindahan langit.
Adakalanya kita juga diuji untuk terus melihat hikmah hidup.

Terlalu fokus yang kecil tetapi besar di depan mata.
Sehingga kita terlupa yang besar tapi perlu dikejar supaya ia besar di mata kelak.


No comments: