Pages

Friday, September 2, 2022

Rokiah

Duduk termenung.
Teringat kepada seorang guru bernama Rokiah. 
Dia mengajar English di sekolah rendah.

Dia sangat digeruni kerana kelihatan garang.
Hakikatnya dia memang garang.

Ada seorang murid yang rapat dengan dia.
Murid itu seorang yang gagap.
Berbahasa Melayu pun sangkut.
Apatah lagi nak berbahasa Inggeris.

Tetapi Cikgu Rokiah tidak berputus asa.
Dia yakin anak muridnya akan berjaya.

Satu hari Cikgu Rokiah minta anak murid itu untuk public speaking di perhimpunan.
Anak murid itu merayu kerana ketakutan.
Si gagap mana mungkin boleh bertutur di hadapan khalayak.

Cikgu Rokiah tahu murid itu gagap.
Dia meminta murid itu berlatih di hadapannya selama beberapa hari.

Awalnya nampak kelam tetapi gagap makin terkawal.
Akhirnya murid dapat bertutur English di perhimpunan dengan lancar.

Sejak dari itu, si gagap lebih berkeyakinan untuk bertutur di hadapan orang ramai.

terima kasih cikgu rokiah

No comments: