Apa agaknya harapan sang pendosa?
Berdoa untuk pengakhiran yang baik.
Kerana jika dihitung pahala mungkin dosa yang lebih banyak.
Hidup pula penuh dengan sesal.
Semoga kamu, kita, mereka berakhir dengan baik.
Kerana kita tak baik.
Kita baik kerana Allah tutup aib.
Kerana kita bertemu dengan orang-orang baik
Dan akhirnya kita hanya pendosa yang sentiasa berdoa pengakhiran yang baik.
“Ya Allah, Engkau rezekikan kepada aku kematian syahid dalam memperjuangkan agamaMu. Dan jadikanlah kematian ku di dalam tanah haram RasulullahMu s.a.w.”
No comments:
Post a Comment