Pages

Monday, December 10, 2018

Tajam

Salam,


  • Saya teringat semasa sekolah rendah dahulu. Cikgu Rogayah pernah bertanya kepada murid-murid dalam kelas. Apakah benda yang lebih tajam dari pisau?
  • Cikgu Rogayah (nama sebenar) adalah guru bahasa Melayu saya semasa di tahun 4. Wajahnya kelihatan garang tapi beliau sebenarnya seorang yang lemah lembut. Saya cuma sempat belajar dengan beliau selama hampir 6 bulan sahaja kerana beliau berpindah ke negeri Sabah mengikut suami. 
  • Oh ya. Cikgu Gayah juga pernah memuji saya sebagai seorang penyair yang baik. Sekarang saya sedar yang suara saya tidak sedap tetapi beliau puji sebagai galakan kepada semua murid. Pada waktu itu Cikgu Gayah minta seseorang baca syair bertajuk Puteri Bongsu tetapi kelas sunyi sepi tiada respon. Tiba-tiba ada seorang budak tidak tahu malu bernama Akmal mengangkat tangan......... Maka bermula la syair sepenuh hati......
  • Antara bait syair yang masih saya ingat
        • Tersebut kisah suatu cerita
        • Puteri Bongsu cantik jelita
        • Sangat dikenali rakyat jelata
        • Nasibnya malang berduka cita.
  • Terima kasih cikgu kerana puji saya 20 tahun yang lalu. Bermula dari situ juga saya agak yakin dengan frasa "Cuba dulu Akmal. Insya Allah". Semoga cikgu sentiasa dalam lindunganNya sentiasa.
Tajam.

  • Berbalik kepada pertanyaan tadi. Jawapan cliche yang pasti ramai dah tahu pastinya kata-kata. Ya. Kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pisau.
  • Sebilah pisau boleh melukakan seseorang sehingga berdarah atau mati. Kata-kata pula sakitnya  pula dalam, pedih dan berpanjangan.
  • Bayangkan seorang anak yang membesar asyik dimomokkan dengan kata nista dari ayah ibu?
  • Bayangkan seorang isteri yang dimaki hamun hanya kerana tidak sempat menyiapkan juadah makan malam buat sang suami disebabkan keletihan?
  • Bercakap itu mudah. Ekspresi pun mudah. Seperti mana ada lampu isyarat yang perlu dipatuhi semasa di jalan raya maka tutur kata manusia juga perlu disusun dengan hormat.
  • Ada orang tidak suka dikritik hatta benda yang sebenarnya baik untuk beliau. Namun jika diberi peluang maka dia pula yang mengkritik sehingga lupa kata-katanya menyiat hati insan yang mendengar.
  • Benarlah jika kita tiada apa-apa yang baik untuk dituturkan maka lebih baik berdiam diri.

p/s : Saya tak pasti kenapa Cikgu Gayah membebel sedemikian.

p/s/s: Entah kenapa saya menulis benda yang cliche. Mungkin kerana saya teringat akan Cikgu Gayah. Mungkin kerana tulisan ini lebih hidup berbanding memori saya yang kian pudar hari demi hari.


~~Akmal~~


Wednesday, December 5, 2018

Tulisan yang hidup

Tatkala roh meninggalkan jasad,
Urusan kita hanya dengan Pencipta,
Keluarga dan harta kekayaan,
Hanya melihat pemergian kita.

Sedekah jariah ke jalan Allah,
Ilmu yang bermanfaat,
Doa anak yang soleh,
Jadi bekalan bertemu Pencipta.

Yang mati kekal mati,
Yang hidup terus hidup,
Melangkah pergi menghampiri mati,
Hidup atau mati ada urusannya.

Ada yang mati,
Namun terasa ada,
Bila dilihat video lama,
Gelak tawa mengusik jiwa.

Monday, December 3, 2018

Bercakaplah Wahai Bulan

Sang Bulan,
Ku lihat mu jauh di atas,
Ingin digapai,
Ingin disentuh.

Sang Bulan,
Aku melihat sejak dari ku kecil,
Saat aku sudah mengerti,
Apa erti cahaya dan kecantikan.

Sang Bulan,
Ingatkah lagi saat aku menyanyi,
Bersama rakan di bawah cahaya mu,
Dengan melodi umpama katak kodok.

Sang Bulan,
Wajahmu sama di Malaysia,
Secantik wajahmu jauh nun di Canada,
Sungguh original.

Kau sentiasa sama,
Cuma berubah bergantung kepada masa,
Juga pada sudut pemuja mu,
Atau kerna selimut awan tebal.

Sang Bulan,
Kini ku sudah berusia,
Aku mengerti lebih dari dahulu,
Tapi semakin banyak yang rahsia.

Sang Bulan,
Apakah rahsia mu,
Kekal menjadi bulan,
Menjadi saksi kegelapan malam.

Sang Bulan,
Biarlah malam mendatang,
Aku melihat mu sebagai pemuja,
Bukan sebagai pengembara yang melambai pergi.

Sang Bulan,
Terima kasih kerana ada di situ,
Walau mungkin bukan disisi.




Friday, December 29, 2017

Hari Minggu Terakhir 2017

Salam,


  • Hari ini merupakan Jumaat terakhir bagi tahun 2017 yang bermakna hari bekerja terakhir. Alhamdullilah.
  • Bulan Disember tahun ini banyak dengan 'long weekend' yang membuatkan tempoh hari bekerja dalam seminggu menjadi pendek. Alhamdullilah.
  • Kata orang diari lama sudah boleh ditutup dan diari baru sudah boleh dibuka. Alhamdullilah. Walau apa pun kita masih ada nyawa dan daya untuk terus melangkah ke hadapan dan melakar kejayaan.
  • Dalam hari berganti hari sebenarnya saya sendiri akan menjangkau umur 30 tahun. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada era 20-an. 

Azam 2018.

  • Kalau mengikut 'timeline' masa muda remaja, ada satu target besar yang masih belum tercapai iaitu status 'Professional Engineer' sebelum umur 30 tahun. 
  • Jika nak 'list down' azam lain mungkin terlalu banyak. Yang pasti tahun hadapan sasaran untuk mendapat P.Eng perlu dicapai. Insya Allah.
Sekian. Terima kasih.

~~Akmal~~


p/s: Alhamdullilah. Kita perlu sentisa bersyukur dengan nikmat kurniaan-NYA.

p/s/s: Kepada anak muda. Jangan takut buat kesilapan kerana memang ini waktu untuk belajar. 

Sunday, September 3, 2017

Gunting Rambut

Assalamualaikum

Abe : hang sekarang ni umuq berapa?

Akmal: 29 tahun. Awat?

Abe: sudah berapa lama ang dok mai gunting rambut kat aku ni?

Akmal : Sejak dari form 2 (14 tahun)

Abe : Wow. Dah lama ya. Setia sungguh ang dengan kedai ni. Gaya potong rambut sama.

Akmal : Aah bang. Dekat 15 tahun juga tu. Abang pun rambut dah takda. Saya pun perut dah ke depan sikit. Hehe.

Abe : hehe. Terima kasih.

Terharu abang India kedai gunting sebab saya jadi pelanggan tetap sejak dari 15 tahun lepas.

Masa belajar di Canada pun rasanya ada 1-2 kali sahaja saya gunting di sana. Selainnya saya gunting rambut di Jitra juga. ( Alasan simpan rambut panjang)

Kenapa bilik abang India tu? Entah..

Mungkin saya memang seorang yang konservatif.

Bila gunting di kedai beliau sambil merenung cermin, teringat pula Akmal yang berumur belasan tahun masa tu.

Kedai gunting langsung tak berubah cuma sekarang ada tambah satu aircond.

Sekian. Terima kasih.

P/s : post ditulis guna blogger apps. So editing pun agak teruk. Ok la dari takda apa2.

P/s/s: nak rajinkan diri menulis la. Insya Allah.

~Tyrox SaN~