Tuesday, May 13, 2008

Sejarah gemilang mampu dicipta semula wahai muslimin...

Rakan-Rakan yang dirahmati Allah sekalian,

Jika anda sedang bersenang lenang pada ketika ini, apa kata saudara/saudari ambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri. Jangan kita terlalu alpa dengan kesenangan yang dikecapi kita dalam kehidupan seharian hingga kita terlupa tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim di muka Bumi. Adilkah kita untuk bergoyang kaki di rumah sambil melihat perlawanan Manchester United malah kita bersorak meraikan kemenangan pasukan kegemaran kita sedangkan saudara kita di Palestin, Iraq dan Afghanistan bertempiaran melarikan diri daripada peluru pihak musuh. Lebih mengecewakan, kebanyakan generasi muda masa kini langsung tidak mengerti mahupun mengetahui nasib yang menimpa saudara-saudara muslim mereka. Golongan ini lebih suka ini mengikut rentak barat dalam kehidupan mereka sehingga agama mereka sendiri dipandang sepi. Sesungguhnya, agama mengajar manusia melakukan kebaikan dan beramal kepada Maha Pencipta. Semakin dekat hamba Allah itu kepada agamaNya, semakin beliau dengan Pencipta,semakin jauh beliau dari sebarang kemungkaran. Malah hadis sahih meriwayatkan "Sesungguhnya solat mencegah seseorang hamba Allah dari kemungkaran". Di dalam post ini saya menyelitkan 2 buah video mengenai sejarah Islam, kegemilangannya, kepincangan di kalangan umat islam pada hari ini dan cara - cara untuk mengatasinya.

Insya allah, video-video ini dapat membuka minda kita mengenai islam.






p/s: Saya amat berharap rakan-rakan dapat mengambil pedoman daripada video-video di atas walaupun hanya sedikit yang diperoleh oleh saudara/saudari. Biarlah sedikit namun kita berusaha untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kita dalam mencari keredhaan Illahi. Dan ingatlah, bahawa tanggungjawab memelihara Islam bukan sahaja terletak kepada pemimpin-pemimpin kita malah ia harus dipikul oleh seluruh umat Islam sejagat. Jangan kita hanya berpeluk tubuh apabila melihat sesuatu musibah menimpa saudara Islam kita kerana ia termasuk dalam tanggungjawab sebagai seorang muslim.


~~TyRoX~~

3 comments:

rafizzi said...

salam.. Allah..
tak tahu pun yg KP ada blog jugak.. da letak da yr link kat profile..
ok2, all d best study..
moga stiap urusan kita dipermudahkan Allah.. =)

rafizzi said...

post yg sronok tuk dbaca gak.. sesungguhnya dunia ni mmg skadar persinggahan buat sementara, sama² cari bekalan untuk akhirat kelak..

anem88 said...

Huhu..

Kite selalu terleka dgn dunia.

Aku pun byk kali dgr pasal bangunkan semule zaman kegemilangan islam kat usrah dulu.

Tapi bile tgok umat2 islam kat sini, *sigh*... Aku pun same gak. Iman lemah je dgn godaan dunia.

This is a good reminder to every muslims.

Jazakallahu khairan.