Wednesday, June 11, 2008

Jauh di mata...dekat di hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 8 Jun 2008, saya bersama rakan-rakan telah mengadakan perlawanan bola sepak sesama sendiri yang disertai oleh Encik Mazri sekeluarga. Ir Mazri merupakan seorang jurutera dari Malaysia yang bekerja di Edmonton, Alberta, Kanada. Beliau tiba di Edmonton sekitar bulan Januari 2007 dan bercadang untuk bermastautin secara tetap di Edmonton. Namun begitu, disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau akan berpindah semula ke Malaysia. Saya agak terkejut apabila mendengar dari mulut beliau tentang hasratnya untuk bekerja kembali di Malaysia.

Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Rupa-rupanya saya sudah meninggalkan bumi Malaysia hampir setahun. Ini juga bermakna hampir setahun saya tidak bersua muka dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sewaktu belajar di Sek. Men. Sains Alam Shah, saya hanya berjauhan dengan keluarga untuk tempoh maksimum selama 3 bulan sahaja.. Syukur alhamdullilah rintangan ini dapat dihadapi dengan mudah berkat ketabahan hati dan sokongan ahli keluarga....

Bola Sepak.

Sebenarnya perlawanan bola sepak yang dimaksudkan oleh saya sebentar tadi bukannya bertaraf liga mahupun kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai ribuan ringgit tetapi ianya berbentuk riadah di waktu lapang. Selalunya, pada hari Sabtu atau Ahad (bergantung kepada kelapangan), saya dan rakan-rakan akan bermain bola sepak di sebuah taman awam berdekatan dengan rumah kami. Pada hari sabtu lalu, barisan pemain bola telah bertambah dengan kehadiran Encik Mazri sekeluarga. Sebaik sahaja Encik Mazri tiba di taman berkenaan, kami telah membuat pembahagian kumpulan pemain bola sepak.

Pasukan A
a) Saya
b) Encik Mazri
c) Ali Ashraf
d) Muhammad (Anak sulung Encik Mazri yang juga adik angkat Shakir)

Pasukan B
a) Muhaymin
b) Pko Rahman
c) Razly
d) Imran (Anak kedua Encik Mazri)

Pemain Pengacau
Huzaifah ( Anak ketiga Encik Mazri)

Pemerhati
Isteri Encik Mazri dan anak-anak kecilnya.



Memandangkan ruang untuk beraksi agak terhad dan bilangan pemain yang kecil, kami membuat keputusan untuk menjadikan batang pokok sebagai gol. Dalam erti kata lain, seseorang pemain perlu menyepak bola hingga mengenai batang pokok tersebut untuk mendapat jaringan gol. Disebabkan ketiadaan pengadil dan penjaga garisan, maka peraturan bola sepak seperti "offside" tidak diguna pakai.

Setelah bermain selama 5 minit, kami berhenti seketika atas permintaan Encik Mazri untuk meneguk air kosong. Setelah berehat selama 1 minit, aksi serang menyerang yang sengit berlaku antara kedua-dua pihak. Pada ketika itu, pasukan B telah menjaringkan 2 gol melalui penyerang sensasi mereka iaitu Pko Rahman dan Muhaymin. Namun begitu, pasukan B tidak berputus asa untuk mencari sebutir gol sebagai pembakar semangat. Akhirnya, Encik Mazri menjaringkan gol untuk pasukan B melalui umpanan oleh Ali Ashraf.

Setelah agak keletihan, kami pun mengambil rehat seketika sebelum melakukan pertukaran bahagian gol. Separuh masa kedua telah digunakan sebaik mungkin oleh pasukan A untuk mencari gol penyamaan. Namun begitu, kesilapan Muhammad meninggalkan gol telah menghadiahkan gol ketiga kepada Pasukan B. Kealpaan oleh pasukan B ketika meraikan gol ketiga telah digunakan oleh saya sendiri untuk menjaringkan gol yang kedua.

Ali telah mengatur taktik serangan baru untuk mengikat pasukan B iaitu dengan bertahan di gol dan melakukan serangan mengejut keatas gol lawan. Hasil taktik tersebut, Ali dengan bangganya telah menjaringkan gol penyamaan. Pasukan B juga telah menggunakan taktik yang sama setelah menyedari taktik serang habis-habisan untuk sebatang pokok hanya melemahkan pertahanan mereka secara tidak langsung. Selang beberapa minit, Pko telah menjaringkan gol keempat untuk Pasukan B namun kegembiraan itu tidak berpanjangan setelah Pasukan A berjaya mengikat kedudukan gol 4-4.

Setelah kedua-dua pasukan terikat pada kedudukann 4-4 untuk tempoh yang agak lama, kami semua bersetuju untuk bermain bagi mendapatkan gol penentu perlawanan. Setelah berasak-asak untuk mencari sebutir gol, Encik Mazri telah merembat bola tepat mengenai batang pokok milik pasukan B. Sebelum itu, Encik Mazri terpaksa menjatuhkan anaknya sendiri iaitu Huzaifah yang bertindak sebagai "pemain hantu" dalam perlawanan. Beliau digelar sedemikian kerana beliau bukan salah seorang pemain dalam perlawan tetapi tindakannya memeluk batang pokok pasukan B menyukarkan penyerang pasukan A merembat gol.

Dengan rembatan gol tersebut, pasukan A telah memenangi perlawanan agresif tetapi harmoni itu. Tahniah Pasukan A. Cuba lagi Pasukan B....

Sebaik sahaja tamat perlawanan, kami menjamah makanan ringan yang dibawa oleh isteri Encik Mazri. Inilah kelebihannya apabila bermain dengan orang yang bekeluarga. Mungkin komuniti kami tidak sebesar komuniti di Malaysia, namun ikatan kami disini amat kukuh. Walaupun penat bermain untuk tempoh yang agak panjang, tetapi kami semua bersyukur kerana tiada perkara buruk yang terjadi sepanjang aktiviti riadah terbabit.
Aksi sebelum berjuang

Encik Mazri dan anak-anaknya..

Aksi lipat penyerang pasukan B, Pko Rahman

Pasukan A sedang merancang taktik serangan

Aksi berirama.

Ali diasak hebat oleh Razly

Riadah...

Coretan

a)Penulis mengalami kekejangan otot di bahagian kaki sebaik sahaja menanggalkan kasut di rumah. Terima kasih kepada saudara muhaymin kerana membantu saya meredakan kesakitan tersebut.

b) Bola Nike yang digunakan adalah milik saudara muhaymin yang dibeli di South Edmonton Common. Buat pengetahuan, South Edmonton Common merupakan kawasan membeli belah yang menempatkan jenama-jenama yang terkemuka. Lebih menggembirakan, harga yang ditawarkan amat berpatutan sekali.

c) Gambar- gambar di atas di ambil menggunakan kamera milik Pko Rahman. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang jurukamera profesional secara sambilan. Semoga berjaya.

d) Kami semua tidur keletihan sebaik sahaja tiba di rumah.... Satu- satunya insan yang tidak tidur pada waktu itu ialah PKO RAHMAN... Kenapa? Saya tidak tahu.


Penghargaan.

Penulis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti riadah pada sabtu yang lalu. Saya juga berbesar hati kerana Encik Mazri sudi meluangkan masa untuk berhibur secara sihat bersama kami di bumi Edmonton. Terima kasih kerana membawa makanan ringan untuk santapan bersama selepas perlawanan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya sokongan anda semua membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus memberi nafas kepada blog "Pena Retak".

Sebagai seorang rakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara PKO RAHMAN kerana sanggup meluangkan masa seketika untuk merakamkan detik-detik manis sepanjang aktiviti ini. Tanpa gambar yang diambil oleh beliau, saya yakin post saya pada kali ini akan kelihatan suram kerana setiap gambar membawa seribu makna.
Pko Rahman (Terima kasih untuk gambar-gambar di atas)


~~TyRoX~~

8 comments:

anem said...

Wawawa. Gmbar aksi berirama tu smart la dol! Hahahah...

Wuwuwuwuw, aku nak gi shopping kat sane. Wawawawaw

Afiqah said...

makan bola!
tido bola!
main bola!
yeay saya juga suka main bola
ada rakan yg baik hati di sini memberi tunjuk ajar yang tak seberapa

Anonymous said...

pe ni bro?
mane comment ak..

ali ashraf said...

akmal kelihatan sedang mengoda saudara muhaymin dlm gmbr yg kedua last tp gagal.hehe.cuba lg akmal

TyRoX SaN said...

hahaha

comment telah didelete. hauaua

Anonymous said...

salam. wah best giler maen bola bro.
ade gmbr ko siap, tgh fkir strategi menyerang ek. bagus2. cet~ ni mcm demam euro08 ke ape.

psl, kartun tu, hero dia tak kluaq lgi. nak ke aku pakai nama hang yg encem tu, akmal alwaraqi.

TintaPenaku

TyRoX SaN said...

huhui. ang mmg patut pun letak nama hero kartun tue nama akmal. hauauua

farahhanani said...

go oranje.