Pages

Friday, July 11, 2008

BOtol air yang canggih....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya tengah mengantuk yang amat sangat tetapi terpaksa memaksa diri daripada merehatkan badan untuk menunggu waktu azan Subuh. Buat pengetahuan semua, waktu solat subuh di Edmonton pada musim panas agak awal iaitu pada jam 3 pagi. Disebabkan saya tidak mempunyai telinga yang peka terhadap bunyi loceng samada dari jam tangan mahupun telefon bimbit, saya perlu berjaga sehingga waktu subuh bagi mengelakkan kejadian "subuh gajah".

Saya kurang selesa berada dalam bilik tidur saya pada ketika ini kerana satu-satunya lampu tidak berfungsi. Yang menyedihkan, saya asyik terlupa untuk membeli mentol baru walaupun saya pergi ke kompleks membeli belah untuk bekerja hampir setiap hari. Nasihat saya kepada rakan-rakan yang mempunyai ingatan lemah seperti adalah "Gunakan teknologi sebaik mungkin". Apa gunanya sebuah telefon bimbit jika ianya tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kita? Mungkin rakan-rakan sudah biasa menggunnakan "reminder" dalam telefon bimbit untuk mengingatkan rakan-rakan akan perkara-perkara yang perlu diselesaikan. Malangnya, insan bernama akmal ini tidak suka menggunakan aplikasi tersebut dan akibatnya insan ini terpaksa bergelap dalam bilik selama 3 hari. Tahniah Akmal.... Bercakap mengenai telefon bimbit, saya rasa tertarik untuk mengupas lebih lanjut mengenai aksesori moden ini.

Telefon Bimbit/Mobile Phone/Cell Phone/Hand Phone

Saya berpendapat lebih dari separuh rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit pada ketika ini. Jika dahulu pada tahun-tahun awal aksesori ini diperkenalkan ianya melambangkan status kemewahan kepada si pemiliknya walaupun pada hakikatnya pada ketika itu telefon bimbit mempunyai saiz sebesar botol air. Walaupun saya masih kecil ketika telefon bimbit mula diperkenalkan di Malaysia, saya antara insan yang mengagumi telefon bimbit bersaiz gajah itu. Ketika di zaman sekolah rendah dahulu, seseorang pelajar akan digelar anak orang kaya jika ibu/bapa mereka mempunyai telefon bimbit. Saya masih teringat kata-kata rakan saya, "Bapak r, mak bapak din kaya gila. Ada henpon tue!!!!" Saya pun hanya mengangguk sebagai tanda bersetuju dan kagum dengan saiz telefon bimbit itu. haha.


Inilah rupanya telefon bimbit yang menjadi kebanggaan pada zaman dulu-dulu.

Pada sesiapa yang tidak pernah ambil peduli mengenai sejarah telefon bimbit, saya cuma mahu beritahu yang pencipta telefon pertama ialah Alexander Graham Bell. Untuk maklumat lanjut mengenai manusia ini, sila taip nama beliau di wikipedia.

Alexander Graham Bell

Kisah Seorang Pemuda dan Telefon Bimbit.

Telefon bimbit pertama saya adalah Nokia 8210 iaitu sebuah telefon yang kecik, monofonik, dan kuat makan bateri. Pada era sekarang, rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja lebih berminat untuk menggunakan telefon bernada dering polifonik. Oleh disebabkan saya kurang mampu untuk membeli telefon bernada polifonik pada ketika itu maka saya terpaksa terus menggunakan telefon nokia 8210. Saya tidak menafikan saya berasa agak cemburu melihat rakan-rakan saya seperti AZRAP mempunyai telefon bimbit yang lebih moden daripada saya tetapi apabila memikirkan fungsi telefon bimbit pada saya ketika itu hanya untuk berbual dan "bersms", jadi saya lupakan sahaja hasrat saya untuk membeli sebuah telefon baru.

Saya boleh nyatakan di sini yang kebanyakan remaja termasuk saya lebih banyak menggunakan telefon bimbit untuk "bersms" daripada berbual kerana kos "sms" yang jauh lebih murah pada ketika itu. Kalau di Malaysia dahulu, "bersms" sebelum tidur sudah menjadi rutin harian selagi telefon mempunyai kredit yang mencukupi. Seperti biasa, "sms" dari kaum perempuan akan dibalas dengan kadar segera berbanding "sms" dari kaum lelaki. hehe.

Ketika berada di Malaysia, saya menggunakan talian prabayar Maxis. Saya memilih Maxis bukan kerana cintakan Encik Ananda Krishnan ataupun kerana harga yang ditawarkan sangat murah, tetapi disebabkan ramai kenalan saya menggunakan talian Maxis. Secara jujur, saya amat kagum dengan strategi pemasaran yang dilakukan oleh Maxis dalam menarik minat golongan remaja di Malaysia. Syarikat ini telah berjaya membuatkan kebanyakan remaja di Malaysia berasa teruja dengan memiliki talian Maxis berbanding Digi ataupun Celcom. Taktik syarikat ini yang menggunakan selebriti-selebriti terkenal juga membantu Maxis menguasai pasaran prabayar.
Namun begitu, bilangan pengguna yang terlalu ramai kadang-kadang membuatkan talian Maxis menghadapi masalah terutamanya pada malam hari raya ataupun malam yang membabitkan acara-acara penting pada keesokan harinya. Pada malam-malam ini, talian maxis gagal menampung jutaan "sms" dan ribuan panggilan yang dibuat oleh pengguna setianya.

Walaupun Maxis mempunyai kelemahan tersendiri pada waktu-waktu tertentu, saya terus bercadang untuk menjadi pengguna setia Maxis.

Cerita di negara orang

Sebenarnya sebelum saya meninggalkan Malaysia untuk meneruskan pengajian di Kanada, saya bercadang untuk membeli telefon bimbit baru. Namun begitu, seorang rakan memberitahu saya akan mendapat sebuah telefon baru jika saya menggunakan talian telefon di Kanada. Pada ketika itu, saya berasa amat kagum dengan sistem yang terdapat di Kanada dan terbayangkan telefon yang lebih moden berbanding di Malaysia.

Indah khabar dari rupa.......

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat telefon-telefon bimbit yang terdapat di Kanada ketika saya keluar bersama rakan-rakan untuk mendaftar talian telefon baru. Telefon yang terdapat di sini ternyata ketinggalan dari Malaysia. Telefon yang sudah lama diperkenalkan di Malaysia, dipanggil "special item" oleh para penjual di sini. Saya berasa kecewa yang amat sangat kerana sekali lagi impian saya lebur begitu sahaja.

Di Kanada, telefon dijual oleh syarikat telekomunikasi bukannya orang persendirian seperti di Malaysia. Jadi, tidak wujud suasana seperti kompleks lowyat di bumi Kanada. Memandangkan telefon dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi, telefon yang dibeli mempunyai " limited application" kerana "dilock" oleh syarikat berkenaan. Keadaan ini sememangnya menyusahkan pengguna terutamanya insan yang datang dari sebuah negara seperti Malaysia.

Setelah meninjau beberapa kedai, saya membuat keputusan untuk mentandatangani kontrak selama 3 tahun bersama syarikat FIDO. Namun begitu, saya membatalkan hasrat saya apabila penjual terbabit meminta saya memberi "kad kredit" atau "Social Insurance Number". Beberapa hari kemudian, saya melawat kedai lain dan saya berjaya membuatkan penjual terbabit menerima kad kredit prabayar saya. Kesemua kedai yang dilawati saya sebelum ini menolak untuk menerima kad kredit prabayar dengan alasan kad kredit seperti itu tidak bernilai. Saya bersyukur kerana ada kedai yang tidak memeriksa kad kredit itu dengan teliti. Disebabkan tiada pilihan telefon yang menarik, saya hanya memilih telefon bimbit Sony Ericsson yang biasa sahaja.


Nokia 8210

NOTA:

1.Penulis menggunakan ayat ketika itu kerana penulis sudah tidak pasti mengenai keadaan semasa talian telefon bimbit di Malaysia pada ketika ini.
2. Kepada pelajar yang akan datang ke Kanada, penulis menasihatkan mereka membeli telefon bimbit di Malaysia kerana harga yang murah dan mendatangkan kepuasan.

7 comments:

Anonymous said...

Huhuhu..aku menunggu sehingga 2 tahun baru aku beli phone kat kanada ni. Masuk je pengajian tahun ketiga kat sini, aku menandatangani kontrak 2 tahun dengan fido setelah termakan kata-kata manis sahabatku dan mendapatkan hp nokia 6301. Hp ini dikatakan yang tercanggih didalam kelasnye setakat ini di Kanada. Ape yang aku tidak berpuas hati dengan system kat sini, apabile aku mahu mengcall sapa yg berada diluar bandar yang aku tinggal, aku akan di charge dengan long distance rate. nak hantar sms ke malaysia pun 20 sen. Dah la call id kene bayar. Aku memperuntuk sebanyak CAD6 dari wang saku ku setiap bulan hanya untuk mendaptkan call id service.

TyRoX SaN said...

huhu. btoi tue.

sistem kat sini mmg prob la. dah ade hp kna bayar emergency fees la. caller id la. mengong gila.

dah tue kalo aku call luar edmonton pun dah kena long distance charge. gile ke hapa. kalo call luar alberta logik la jgak. teruk seyh sistem cmni.

siapakah saya yang smart ini?

Anonymous said...

lol...kat sini ade kontrak..kelaka gler sial.... call pun lagi murah dr sms...agaknye org barat ske bercakap ye??

Anonymous said...

salam

tumpang lalu :-)

saje jenguk blog sahabat sesponsor.

dengar cite duit ytn naik 23 hb ni kan, siap dapat back dated(bayaran untuk bulan2 sebelum nih yg ko merana)
cube ko check,
sama2 kite doakan kebaikan bersama

TyRoX SaN said...

to anas,

aku rsa elaun yang naek tue cuma uk bound je la.

aku dgr ape2 kabar gumbira dari kak asadah seyh.

Anonymous said...

salam. uiks. bagus la hang ni jaga waktu subuh. bangga ak ada mber cam hang. benda2 wajib cmni mmg kena jaga. dosa pahala kita yg tanggung kan? byk lg benda2 wajib kita kena buat (fikir sendiri tkmau btau) haha.

Btw, dlu2 ak ada hp motorola tu. besaq weih hm... tp cepat rosak sbnrnya. anak oghang kaya ka aku ni bro? huhu~

TintaPenaku

Azraf Hipni said...

aku guna henpon aku utk pelbagai kegunaan, jadi aku takde la kesa sgt nak spend sedikit kewangan utk telepon bimbit. aku pakai alarm utk kejut suboh ( or tdo petang ), aku pakai calender utk ingat bday femly aku, bday ko ngan kak asada, serta bday2 gadis2 minyakku, aku pakai sms utk sms, aku pakai telepon utk telepon, aku pakai 3G, utk show off, aku pakai spender, utk cover burong, aku pakai radio, utk menemani aku study pas suboh, aku pakai mp3, utk dgr lagu while jalan dr condo to kolej, aku pakai camera utk amek gambar liyana, eyh kantoi. hauhauhau