Sunday, February 21, 2010

Musim Panas

Salam rakan-rakan,

  • Minta maaf sebab lama x update blog nie. Sejak akhir2 nie, saya agak sibuk dgn bbrapa kerja :D
  • Okey,post kali ni nak ckp ttg rancangan saya untuk beberapa bulan yang akan mendatang.
  • Insya allah, semester musim sejuk akan berakhir pada 26 April 2010. Ini bermakna saya akan bercuti panjang sehingga awal bulan September 2010.
  • Bagi mengisi masa tersebut saya telah pun membuat bbrapa rancangan.
1) 27 April 2010- 1 Mei 2010
  • Insya Allah beberapa sahabat dari bandar Ottawa akan tiba di Edmonton bagi melawat Banff National Park of Canada.
  • Jika kebiasaannya, saya ke Banff untuk aktiviti snowboarding tetapi lawatan ini lebih kepada aktiviti riadah kerana musim panas sudah menjelma.
  • Jika tiada aral melintang dan cuaca mengizinkan, saya merancang untuk melalukakan aktiviti pendakian dan perkhemahan di kawasan pergunungan yang amat terkenal di Kanada ini.
Banff ketika musim sejuk
Banff ketika musim panas


2) 2 Mei 2010- 10 Mei 2010

  • Saya dan bbrapa orang rakan telah mmbeli tiket kapal terbang untuk melawat bahagian timur Kanada.
  • Antara tempat yang dijangka dilawati dalam tempoh tersebut ialah Montreal, Quebec City, Ottawa dan Toronto.
  • Bagi perjalanan pergi, kami akan tiba di bandar Montreal manakala bagi perjalanan pulang kami akan berlepas dari bandar Toronto.
  • Ini bukan kali pertama saya ke bandar Montreal namun lawatan tempoh hari kurang memuaskan hati dek urusan kerja yang perlu diselesaikan.
  • Seorang rakan pernah berkata pada saya, lawatan ke Kanada tidak akan lengkap tanpa menjejakkan kaki ke Niagara Falls. Insya Allah hasrat itu akan tercapai.

Niagara Falls
3) 11 Mei 2010-18 Jun 2010
  • Sebaik sahaja pulang dari "Eastern Canada" , saya akan memulakan kelas tambahan yang telah berjaya didaftarkan beberapa hari lepas.
Jadual Untuk "Spring Term"

  • Kelas yang diambil ialah "French" dan juga " Introduction to Organization Behavior".
  • Kelas ini diambil bagi mengisi masa lapang saya ketika musim bunga nantu. "French" diambil setelah mendapat nasihat daripada Pengarah Yayasan Tenaga Nasional mengenai peluang yang perlu diambil sepanjang berada di Kanada.
  • Jadual ini agak padat tetapi memandangkan saya hanya mengambil 2 subjek, ia tidak akan mendatangkan masalah.
4) 26 Jun 2010- 2 Julai 2010
  • Insya allah pada hari Jumaat depan saya akan membeli tiket bersama beberapa orang rakan bagi perjalanan pulang ke Malaysia. Yippeeee!!!!
  • Kami merancang untuk berhenti seketika selama 7 hari di Korea Selatan. Tahun lepas saya melakukan perkara yang sama di negara Jepun dan lawatan tersebut menjadi sebuah kenangan yang menarik dalam hidup saya.
  • Saya berharap lawatan kali ini juga bakal memberi kepuasan yang sama seperti lawatan ke Jepun tempoh hari.
  • Kenapa mesti Korea bukannya Eropah? Saya merancang ke Eropah pada tahun hadapan sebaik sahaja menamatkan pengajian pada tahun hadapan.
  • Saya juga ingin melawat Pulau Jeju yang disebut ramai sebagai destinasi pelancongan yang menarik
Korea Selatan

5) 3 Julai 2010 - 13 September 2010
  • Insya allah sepanjang tarikh ini saya akan berada di tanah air yang tercinta.
  • Pulang ke Malaysia pada tahun ketiga bukan rancangan awal saya namun atas sebab tertentu dan mengikut kata hati saya nekad untuk pulang ke Malaysia pada tahun ini.
  • Insya allah juga pada tahun ini saya berpeluang untuk menyambut lebaran bersama insan-insan yang tersayang setelah tidak berupaya menyambutnya bersama selama beberapa tahun.
  • Rancangan di Malaysia? Masih belum difikirkan lagi tetapi saya sudah mempunyai beberapa perkara yang ingin dilakukan sepanjang berada di Malaysia.

credit: gambo2 ni diambil melalui Google

Lagu minggu ini.






p/s: post ini dibuat setelah mood untuk belajar hilang scara tiba2. :(
p/s/s/: tak sabar menunggu musim panas.
p/s/s/s: Pray for my success guyz!
p/s/s/s/s/: semoga saya diberi kekuatan Allah dalam menjalani kehidupan seharian

10 comments:

miba said...

haha.. blek gak kau ke malaysia :P

TyRoX SaN said...

insya allah islah

cik nur.iz said...

bestnye jln merata! =)

TyRoX SaN said...

nur: wink2x.... meh la join skali.. hehe

noor afzan said...

perancangan jangka panjang nih..
selamat kembali ke mesia k walaupun lambat lagi.

TyRoX SaN said...

afzan: :D insya allah... trimas yea

mr khamsani said...

haaa,aku suka part camping tu. anyway aku kat sana from 26th to may 10th. kalau nk trus gerak camping 26hb petang tu pon boleh..haha..semangat!

TyRoX SaN said...

kham: lai lai ka tong... hoho... jom2x.. aku pun nak jumpa bdk2 calgary nnti

AreDa said...

aku tambah rancangan ko kt m'sia::jgn lupa souvenir areda..haha

Atiqah said...

wah bestnye...