Pages

Friday, March 29, 2019

2 kali

Malam itu Ahmad rasa resah. Dia tahu sukar untuk dia tidur malam itu. Bagai ada satu beban yang penuh di dada.

Ahmad rasa gelisah.

Maka Ahmad terus menggapai kunci kereta cuba untuk meredah kegelapan malam. Kereta yang dipandu agak terhuyung hayang kerana Ahmad sebenarnya letih.

Namun, Ahmad tidak mampu untuk berbaring rehat atas katil. Mungkin dengan bersendirian seketika dengan aktiviti maka hatinya akan lebih tenang.

Bam!! Bunyi pintu belakang kereta dilanggar oleh sebuah motosikal. Penunggangnya bergolek atas jalan dan mengerang kesakitan.

Ahmad meluru keluar dengan panik untuk melihat kecederaan penunggang itu. Kelihatan tangannya berlumuran darah. Ahmad terkelu kerana dia ditimpa kecelakaan kerana Ahmad.

Lelaki itu kelihatan seperti orang susah yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

"Sepatutnya aku yang kena bukan dia," bisik hati Ahmad.

Tiada satu pun kata nista dilemparkan oleh lelaki itu kepada Ahmad walaupun dia sedang mengerang kesakitan. Seusai sahaja urusan Ahmad dengan lelaki itu selesai. Ahmad segera meluru untuk mengalihkan kereta kerana barisan kenderaan yang sangkut kerana kemalangan itu semakin panjang.

Bam!!

Bergegar kereta Ahmad di saat sebuah Toyota Hilux.

" Ya Allah. Apa lagi ujian kali ini," ujar Ahmad sambil menggeletar.

Peluh dek kemalangan dengan motorsikal tapi masih belum kering dan kini Ahmad perlu berdepan dengan suatu peristiwa kurang baik lagi.


No comments: