Pages

Wednesday, April 10, 2019

Anak perempuan

Alia, Iris dan Maya merupakan tiga orang anak perempuan kesayangan Ahmad.

"Anak ko semua perempuan ye Ahmad?" soal seorang bos kepadanya.

"Ahmad. Ye boss. Alhamdullilah semua gegirl,"jawab Ahmad bersahaja.

" Ko kena cuba lagi. Usaha lagi. Ko pun muda lagi," balas boss kepada Ahmad.

Itu merupakan ayat yang selalu Ahmad dengar apabila orang mengetahui ketiga tiga anaknya adalah perempuan.

Nada dan perkataan mungkin berbeza mengikut individu namun maksud yang sama iaitu perlu dapatkan anak lelaki.

Mungkin tradisi atau mungkin isu waris maka anak lelaki dilihat punya kedudukan lebih tinggi. Ataupun sebenarnya mereka bertanya hanya sekadar cuba ambil berat atau sekadar modal berbual.

Walau apa pun yang pasti Ahmad amat menyayangi Alia, Iris dan Maya. Ini rezeki dan amanah Allah buat Ahmad dan Fatin.

Yang penting ia lambang pengorbanan isteri tercinta yang bersusah payah melahirkan tiga orang puteri.

Papa sayang kamu semua.

No comments: