Pages

Sunday, April 7, 2019

Pilihan

Benar pilihan itu bebas,
Kau boleh memilih untuk terus,
Berundur setelah seketika,
Malah berhenti selamanya.

Atas nama bebas itu,
Kita boleh melanggar lampu isyarat,
Kita boleh berhenti di tengah jalan,
Malah u turn sesuka hati.

Yang pasti dunia akan kalut,
Dek kerana manusia dengan bebas,
Tanpa mengikut aturan,
Hanya mengikut hati.

Mungkin itu bezanya orang beriman,
Dengan orang yang kosong,
Hidup penuh insan,
Berbanding mereka yang bongkak.

No comments: