Pages

Wednesday, October 23, 2019

Komponen

Yang kita lihat hanya satu atau sebahagian.
Hakikatnya sesuatu benda atau perkara atau cerita.
Punya banyak bahagian atau kisah.

Kita lihat orang menangis.
Dikatanya lemah.
Padahal cerita dari awal lansung tidak diketahui.

Kita lihat orang berjaya.
Namun tangan yang menyokong jarang diraikan.
Acapkali yang berjaya pun terus lupa diri.

Kita petik suis elektrik.
Lampu terus menyala.
Dengan syarat bil elektrik telah dibayar teratur.

Mudahkan hidup ini?

Kita hanya meraikan yang nyata sahaja.
Tetapi kita pun manusia biasa.
Mana mungkin kita nampak benda yang tersembunyi.

Atau sebenarnya.
Kita cuma perlu terima hakikat.
Ada yang besar maka ada cebisan kecil.
Jangan pula kita menghukum yang kecil.

Kalau kita sendiri mengaku bukan Tuhan.
Mana mungkin kita ada kuasa menghukum semborono.

Saat kita melihat tiang elektrik dengan kabel.
Percayalah yang tanpa komponen-komponen kecil lain.
Tidak bercahayalah rumah rakyat jelata.

Raikan yang kecil.
Kerana mereka juga ada peranan.

Kepada sang kecil pula.
Jangan terlalu merendah diri.
Kerana penciptaan kamu pasti ada tujuan.


Sebahagian komponen talian atas elektrik

No comments: