Pages

Wednesday, October 2, 2019

Kumar.

Ahmad ada seorang rakan baik berbangsa India yang bernama Kumar. Mereka berdua mula bersahabat sejak dari umur 11 tahun iaitu sejak bangku sekolah rendah.

Menganjak alam remaja, Ahmad bersekolah di A manakala Kumar bersekolah di B. Sekolah mereka berada dalam pekan yang sama namun agak jauh. Namun begitu, bas sekolah yang dalam perjalanan pergi akan melalui Sekolah B terlebih dahulu sebelum Sekolah A. 

Sesi persekolahan mereka adalah pada waktu petang iaitu bagi Form 1 dan Form 2. 

Lokasi rumah berdua agak ke dalam dari jalan utama yang dilalui oleh bas sekolah. Hampir setiap hari kecuali jika sakit, Ahmad akan menumpangkan Kumar menggunakan motor kapcai bernombor plat PAN 1261. Sudah pasti mereka berdua tiada lesen pada umur itu. Hanya ada kemahiran dan keberanian untuk menunggang dalam kampung.

Laluan jalan raya kampung yang perlu ditempuh mereka berdua sehingga ke jalan utama adalah hampir 7 kilometer. 

No comments: