Pages

Wednesday, May 6, 2020

Covid 19

Kenangan di masa depan.

6 Mei 2020. Saringan ujian COVID-19 di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya.
Banyak ibrah daripada pandemik yang melanda dunia pada tahun 2020 ini.

  1. Setibanya di pintu pagar klinik, nama disemak oleh pegawai bertugas. Saringan dibuat melalui temujanji untuk mengelakkan orang ramai berpusu-pusu.
  2. Setelah itu, beratur di hadapan pagar masuk. Dimaklumkan hanya dibenarkan seramai 50 orang dalam kawasan klinik dalam satu masa. Perkhidmatan klinik yang lain seperti antenatal dan rawatan pesakit luar masih beroperasi seperti biasa.
  3. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi dan matahari semakin meninggi. Bahang panas mula terasa dan dicampur pula dengan situasi berpuasa.
  4. Setelah 15 minit, diminta untuk bergerak ke bangunan belakang klinik yang merupakan pos semenatara saringan COVID 19. 
  5. Maklumat diri dicatat oleh pegawai terlibat. Kelihatan riak penat di wajah petugas kesihatan yang lengkap berpakaian pelindungan diri.
  6. Sebanyak dua sampel diambil iaitu dari tekak dan rongga hidung. Di hidung terasa pedih.
  7. Selesai.





Terima kasih para petugas kesihatan.
Doakan saya sihat walafiat.

No comments: