Pages

Monday, May 11, 2020

Bachelor of Science

13 tahun dahulu.
Sebaik tamat semester pertama.
Seorang sahabat memohon untuk kemasukan ke University of Alberta.

Beliau dapat tawaran bersyarat.
Namun tawaran tersebut hanya untuk pengajian di Fakulti Sains.
Keputusan sahabat itu tidak mencapai sasaran markah yang dikehendaki Fakulti Kejuruteraan.

Pelbagai rasa dan macam mula bermain dalam kotak minda.
Mungkin dia tidak berupaya untuk mendapatkan markah tinggi bagi semester kedua.
Sifirnya mudah.
Semester pertama tidak capai sasaran makan semester kedua perlu capai sasaran lebih tinggi.

Rasa ragu-ragu mula menerjah diri.
Bagaimana untuk mencapai sasaran sedangkan subjek semester kedua diketahui lebih sukar.

Gagal ke Fakulti Kejuruteraan bermakna gagal biasiswa.
Biasiswa yang ditawarkan adalah untuk bidang kejuruteraan.

Syukur. Semuanya tinggal satu kenangan manis.
Sahabat itu berjaya mendapat tawaran ke Fakulti Kejuruteraan.



No comments: