Pages

Saturday, June 26, 2021

Letusan

Assalamualaikum.

Bila agaknya kali terakhir kita lihat kebencian yang amat sangat oleh marhaen kepada sang garuda?
Jawapannya adalah baru seketika tadi.

Sebelum itu bila?
Jawapannya pagi tadi.

Sebelum itu bila?
Jawapannya semalam.

Samada kita hendak terima atau tidak kebencian ini lebih tinggi dari zaman era 2018 semasa krisis 1ZimbabweDB.

Marhaen secara ratanya boleh terima jika hidup susah. 
Susah bersama.
Yang mereka tidak boleh terima adalah inequality.
Di saat marhaen sedang berjuang untuk sebutir nasi. Sang Garuda ketawa. Sang Garuda membuat lawak bodoh.

Pernah dulu kita fikir mengapa dengan skandal yang bank dalam 1ZimbabweDB tetapi marhaen di luar bandar masih memberi sokongan?
Jawapannya kerana tekanan hidup tidak terlalu teruk.

Sekarang apa yang marhaen nampak adalah kencing dan tahi sang garuda.
Dan Sang Garuda masih lost touch.
Tidak tahu nak buat apa.
Kegilaan betul.

Dahulu saya pernah terfikir. Terukkah sangat kah Tunisia atau negara Arab lain sehingga berlaku Arab Spring?
Kini jawapannya semakin jelas. Tekanan hidup mendesak menyebabkan orang hilang pertimbangan sewajarnya di sang Garuda pula lost touch dengan kesusahan marhaen.

Arab Spring tidak memberikan kebaikan total langsung. Banyak mudarat dari kebaikan.

Mohon dijauhi dari Bumi Zimbabwe ini.

Kita tak mampu bangkit dengan mudah jika Zimbabwe Spring berlaku di sini.


No comments: