Pages

Monday, June 2, 2008

The Great Divide Waterfall

Syukur ke hadrat illahi kerana saya berkesempatan menikmati salah satu keunikan bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada jam 10.00 pagi.

Keunikan yang dimaksudkan oleh saya itu adalah "The Great Divide Waterfall"

The Great Divide Waterfall

  1. Dalam bahasa melayu ia disebut (saya kurang pasti) sebagai Air Terjun Terpisah.... Agak ganjil kan namanya kalau disebut dalam bahasa melayu. Ini mungkin kerana kelemahan saya sendiri dengan bahasa ibunda.
  2. Air terjun ini adalah ciptaan manusia tetapi air yang digunakan adalah ciptaan Allah. Jadi sedarlah walau apa jua kita lakukan kita mesti bergantung kepada Allah.
  3. Konsep air terjun buatan ini pada asalnya adalah untuk meraikan Sukan Komanwel 1978 di Edmonton. Akhirnya, konsep ini menjadi kenyataan apabila "Edmonton City Council " meluluskan pembinaannya pada "High Level Bridge" bagi meraikan ulang tahun ke-75 bandar Edmonton.
  4. Ketinggian air terjun ini adalah 210 kaki (24 kaki lebih tinggi daripada ketinggian Niagara Falls).
  5. Sumber air terjun ini dibekalkan oleh air paip yang disambung di "High Level Bridge".
  6. Air terjun ini hanya dibuka(dalam erti kata lain , paip air ini dibuka) hanya beberapa kali dalam setahun dan tempoh masa ianya dibuka adalah selama 2 jam sahaja.
  7. Sebanyak 4600 meter padu air digunakan sepanjang tempoh paip air ini dibuka.
  8. Kos purata bagi operasi air terjun ini selama 2 jam adalah CAD 4000 bersamaan dengan ++RM 13,000.
  9. Kos pembinaan air terjun ini menelan belanja sebanyak CAD 500,000


Gambar


Air terjun ini dijana oleh kuasa air paip...

Ini jalan yang bakal diredah oleh basikal saya


Macam "car wash"


Sebelum meredah air terjun buatan manusia
Pemandangan dari seberang sungai

Pemandangan dari taman "Legislature Hall"

Rambut sudah pendek.
**Coretan

Pakaian saya sedikit basah setelah meredah air terjun ini buat kali pertama. Disebabkan tidak puas bermain air lalu saya meredah air terjun ini buat kali kedua namun nasib tidak begitu baik pada kali ini kerana sekumpulan remaja yang menaiki kereta dengan sengaja melanggar lopak berdekatan laluan basikal. "Bedebush".... Kumpulan remaja ini kelihatan begitu terhibur dapat mengenakan saya dan seorang lagi pejalan kaki yang menggunakan laluan tersebut. Sabar......

Akhirnya, saya pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. PUAS!!!

Saya berbangga dengan Edmonton walaupun tidak ramai yang gemar berkunjung ke sini kerana keadaan musim sejuk yang agak menyeramkan. Saya pernah melawat Vancouver tempoh hari, namun hati saya lebih merindui Edmonton yang kecil dan permai ini. Walaubagaimanapun, seindah-indah Edmonton, lagi indah Malaysia yang menjadi tanah air saya.


P/s: sesiapa yang berilmu pengetahuan tentang penggunaan ialah dan adalah, sila berkongsi dengan saya kerana saya sudah terlupa mengenai peraturan penggunaannya. Terima kasih.

~~TyRoX~~

11 comments:

Anonymous said...

salam. wah! menariknye tmpt2 kat kanada ni. Jeles aku. hehe~ all da best la kt sane ye. N tahniah sbb ayat bm ko masih malatop. bagus2 .wassalam

TintaPenaku

Azraf Hipni said...

penggunaan ialah adalah

"ialah" digunakan ketika anda tgh lapar. contoh ayat

"Saya nak makan ialah"

"adalah" pula digunakan ketika anda tgh kehausan. contoh ayat

"saya nak sirap adalah"

source Larian Metro, 19 Ogos 1943.

TyRoX SaN said...

mengong punya azrap

Anonymous said...

"adalah" digunakan apabila perkataan selepas "adalah" bukanlah kata nama. kalau tidak silaplah.
"ialah" pula adalah sebaliknya.

contoh: adalah-- "ialah" pula adalah sebaliknya.
ialah-- namak sayak "ialah" azrap sumpit.


aku pon tataw btol ke idak.

TyRoX SaN said...

terima kasih khamsani

Afiqah said...

ooo akmal nama sebenarnya

rase betul laa apa khamsani tuh cakap

saya pun sangat kagum dengan pengunaan bahasa melayu anda

sangat berlainan dengan bahasa yg digunakan azrap

maaf azrap tidah sengaja

TyRoX SaN said...

mari2.

semua dijemput datang ke edmonton untuk tgk waterfall nie

Azraf Hipni said...

Betullah apa yang saudara khamsani bagitahu itu. saya bagi contoh yang mungkin akan mendapat A1 dlm spm 2008

"Adalah tidak patut saudara azrap memegang sumpit. Hal ini demikian kerana Azrap ialah insan yang kacak lagi bergaya."

Anonymous said...

Ahahahahahahah..

Ape da ni da jadi medan bahase melayu. Bagus2.. Terhibur aku bace. Ahahaha..

Nways, just out of curiosity, air terjun ni dibina just untuk.. attraction je ke? Aku rase klu dorang taruk turbin bole jana elektrik, kan lagi bermanfaat.

At least cost yang diperuntukkan utk operate mendaklah tu ade gak benefit utk bende lain.

tsam_ismail said...

salam

akmal..ewah syoknya dok sana
bekenan sgt bab ialah n adalah 2
kalau xsalah,
ialah guna untuk adress people
cth:ayah saya ialah seorang guru

adalah untuk benda
cth:air terjun di edmonton adalah air terjun buatan manusia bla bla...

hahah
kalau slaah harap betulkan

-senior sunway-

Anonymous said...

menarik hati sungguh melihat air terjun walaupun buatan.

akmal , saudara kelihatan sungguh bergaya dengan ( adakah itu baju kulit? ).

Justeru , saya sungguh tidak sabar untuk sampai ke edmonton alberta satu hari nanti.