Pages

Saturday, June 7, 2008

"Transition"

"Goodbye Winter!!!!"

Saya masih ingat ucapan ini yang diungkapkan oleh pensyarah kejuruteraan komputer, Encik Paul Iglinski. Beliau kelihatan amat gembira kerana musim sejuk yang melampau di Edmonton sudah berakhir dengan kedatangan Musim Bunga dan Musim Panas.

Buat pengetahuan semua, musim sejuk di Kanada agak panjang berbanding dengan negara lain kerana kedudukannya yang hampir dengan kutub utara. Secara umumnya, musim sejuk di Kanada lebih panjang tempohnya berbanding tiga musim yang lain (Bunga,Panas, Luruh). Oleh kerana musim sejuk di sini agak panjang, penduduk disini akan melepaskan ketagihan mereka terhadap cahaya matahari dengan berjemur di bawah terik matahari.

Musim Sejuk.

a) Jika tidak salah saya, salji mula turun di Edmonton dalam bulan November 2007. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan amat gembira kerana dapat bermain salji semulajadi buat kali pertama. Untuk tempoh seminggu, saya amat terhibur apabila dapat bermain dengan salji yang turun ketika menunggu bas untuk ke University of Alberta. Mangsa balingan bola salji saya pada ketika itu ialah Ali dan Muhaymin.

b) Setelah beberapa minggu, saya mula bosan dengan salji yang turun kerana apabila salji tersebut cair, pemandangannya tidak ubah seperti kubang yang menjadi tempat lepak kerbau-kerbau.

c) Ketika musim sejuk, saya mengalami masalah yang membuatkan saya rimas iaitu kulit terlampau kering dan mengelupas. Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa memakai pelembap muka (OLAY) hampir sepanjang masa. Keadaan ini agak menyulitkan saya kerana jika saya terlupa untuk memakainya kulit muka saya akan terasa pedih yang amat sangat. Tidak cukup dengan itu kulit tangan dan kaki saya juga mengalami masalah seperti kulit muka saya. Disebabkan tidak sanggup melihat kulit saya rosak, saya terpaksa memanjakan kulit saya dengan losyen hampir setiap masa. Syukur alhamdullilah, kesemua masalah ini dapat diatasi. Tambahan, musim sejuk juga menyebabkan banyak bulu kaki saya tercabut.....

d) Bulan Disember dan Januari merupakan kemuncak musim sejuk di Edmonton. Masih saya ingat kenangan merempuh salji untuk ke kelas pada suha serendah -35 darjah celcius. Suhu yang rendah ini diburukkan lagi dengan tiupan angin tundra "windstorm" yang kuat hampir setiap hari. Angin ini menyebabkan suhu menjadi serendah -48 darjah celcius. Saya masih ingat pada ketika ini, saya terpaksa memakai beberapa lapis pakaian dan topeng muka.

e) Malam yang panjang ketika musim sejuk merupakan pengalaman yang sukar ketika musim sejuk. Ketika musim sejuk, matahari terbenam sekitar jam 4 petang manakala matahari terbit sekitar jam 8-9 pagi.

f) Saya masih ingat kenangan bermain luncur salji di sebuah bukit berhampiran Fort Edmonton Park. Ketika orang lain meluncur salji menggunakan alat yang bersesuaian, kami hanya menggunakan plastik guni beras. Namun setelah itu, kami pun membeli alat yang bersesuaian untuk meluncur.

g) "Snowboarding" di Snow Valley masih kekal dalam ingatan saya kerana ia merupakan kenangan pertama memijak "snowboard" dan meluncur laju ketika menuruni cerun di Snow Valley. Saya bercadang untuk membeli "Snowboard" pada musim sejuk yang akan datang dan berminat untuk mengikuti saudara sulaiman ke Vancouver bagi melawat tapak "snowboarding" yang terkenal iaitu Whistler.

h) Kesimpulannya, saya merindui sinaran terik matahari ketika musim sejuk..... Namun, kenangan di musim sejuk adalah pengalaman yang bermakna buat saya di perantauan.

Ali, Shakir dan Piko ketika menunggu bas dalam kesejukan

Makanan ini dibuat dengan menggunakan salji... Percaya tak?
Saya tidak ingat nama tempat ini

"Snowboarding"
Pengalaman meluncur salji tetapi menggunakan peluncur yang sesuai bukannya "guni beras"

Musim Panas/Bunga

a) Musim bunga di Edmonton bermula sekitar akhir bulan April. Pokok-pokok yang selama ini seperti batang yang tidak bernyawa mula kelihatan segar dengan pucuk-pucuk daun yang baru tumbuh.

b) Suhu di Edmonton juga mula meningkat melebihi 10 darjah celcius yang merupakan suhu kegemaran saya. Disebabkan suhu yang nyaman ini, "sweater" dan baju sejuk tebal tidak lagi menjadi pilihan saya untuk berjalan-jalan.

c) Saya tertarik melihat ruang article dalam akhbar GATEWAY (akhbar rasmi universiti) yang mempromosi basikal kepada para pelajar. Saya telah membuat keputusan untuk membeli sebuah basikal sebaik sahaja tamat peperiksan bagi semester "Winter 2008". Saya bercadang untuk menjadikan basikal sebagai kenderaan utama saya sepanjang musim panas ini. Hasilnya, saya telah membeli sebuah basikal Nakamura dari "SportChek" pada harga yang berpatutan.

d) Basikal yang dibeli oleh saya telah mencetuskan fenomena di kalangan rakan-rakan saya. Mereka juga tertarik untuk mempunyai sebuah basikal kerana kenderaan ini dapat menjimatkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli pas bulanan "Edmonton Transit".


BASIKAL

Mari saya berikan sedikit maklumat mengenai basikal saya dan rakan-rakan saya.


Saya sendiri:
Saya memilih untuk membeli basikal baru kerana saya benar-benar tertarik dengan basikal yang digunakan oleh saya pada ketika ini.

Shakir:
Rakan saya ini memilih untuk meminjam basikal milik seorang rakan kerana beliau bakal pulang ke Malaysia pada 20 Jun 2008.

Muhaymin:
Min memilih untuk menggunakan basikal yang pernah digunakan oleh saudara Sulaiman. Dengan sedikit pembaikan terhadap tayar belakang, basikal ini berfungsi dengan baik hanya pada kos sekitar CAD 30.

Razly:
Saya patut menggelar rakan saya ini sebagai mekanik basikal yang baik. Saya amat kagum melihat semangat rakan saya ini ketika membaiki basikal Ariff yang mengalami kerosakan yang agak teruk. Tidak cukup dengan itu, Razly turut membantu Piko untuk membaiki sebuah basikan lama yang ditinggalkan di rumah sewa kami. Razly juga telah membaiki sebuah basikal lama buat Ali Ashraf. Kesimpulannya, Razly memang seorang rakan dan pencinta basikal....

Piko
Rakan saya yang kaya kerana mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam telah memilih untuk membaiki basikal lama yang terdapat di rumah kami. Syabas... Anda seorang yang inovatif

Ali
Ali yang merupakan kekasih Farah Hanani dari Montreal memilih untuk menggunakan sebuah basikal yang dibaiki oleh Razly yang mencintai basikal.


BAsikal saya

Piko dan Razly sedang membaiki basikal



Dengan kisah 6 basikal, maka bermulalah gaya hidup baru untuk kami di Edmonton.

Istimewa pada kali ini.


Gambar azrap hipni setelah dinodai oleh "MALEK SUNWAY".



~~TyRoX~~



9 comments:

Azraf Hipni said...

pihak kami dapati tuan telah menggunakan gambar Encik Hipni, Azrap tanpa kebenaran. mengikut kanun keseksaasn 81 b, anda boleh dihukum penjara 5 thn, atau denda CAD 5, atau kedua2 nye sekali. anda juga perlu mengaku bahawa anda dan malek adalah adek beradek. Kegagalan utk berbuat demikian akan menyebabkan basikal anda dan rakan2 anda dirampas oleh pihak homeless edmonton

Afiqah said...

gambar tadi ice kacang dr snow yer??gila laa korang nih

disebabkan tinggal di residence, lebih mudah untuk saya berjalan kaki ke university

p/s:azrap dh tak suci

salam

Anonymous said...

azrap terpeleot cam cicak apehal.dahlah malek, takde orglain keh?hahaha

aku kat sini tensyen pening kepala sejuk -20++ , aku taktau lah camane korg kat sana. tapi akmal, basikal ko memang cantik bukan ke boleh pakai 4 bulan je,. winter dh takleh dah sbb sejuk sangat angin.takpe,takpe, basikal ko tetap cool.

bila ko nak dtg sini ? sini dh naik 30 darjah celcius berpeluh-peluh aku dlm rumah.

ada nama aku dalam post ko neh rindu kat aku ke? heh.
kirim salam sume orang.

P/s sejak bile ko minat minah 6 tahun tu

TyRoX SaN said...

kepada cik farah,

bila musim winter bermula, basikal tersebut akan tidur bersama saya dalam bilik. hoho

tsam_ismail said...

haha

syokk oo naik gerek
kat sni pn kami kayuh2 gak
eh kat sana dah summer kan
sini baru nak masuk winter
koi sejuk dah
tp xdakla smpai -35 kan
haha
2 pun dh pakai berlapis2 dah
klu -...huhu..teriak la

p/s:silalah nak link..mntak izin nak link jga noo

rafizzi said...

salam.. ape kabar? harap sihat slalu..huhu best gak baca post ni.. dpt bezakan culture kat france n kat canada ni..

Anonymous said...

wuwuwuwuwuw

bestnye ade member..

:(

TyRoX SaN said...

to rafizzi: kabar baek. skunk ni saya tgh bercuti smbil belajar.

to afiqah: gambar td tue bukan ais kacang dari snow..... itu ais kacang yang dipesan dari sebuah restoran.

to ibtisam:winter kat sini mmg melampau. nak cuba wat rekod untuk winter next year dgn berbasikal dalam kesejukan

to anem: ko kan ramai member kat mcgill??? wink2

Anonymous said...

Member melayu tak same ngan foreigners. Cakap bahase lain2, makan makanan lain2, background lain2. Wuwuwuwu...

Hukhuk.. Aku nak transfer gi alberta jap bole tak? ^_^