Sunday, September 21, 2008

Pagi yang indah

Salam Rakan Pembaca,

Akhir Ramadan

Hari ini genap 20 hari umat Islam di Kanada menunaikan ibadah puasa Ramadan. Saya yakin rakan pembaca pasti pernah mendengar perihal 20 malam terakhir di bulan Ramadan. Umat Islam digalakkan untuk menggandakan ibadah dalam tempoh ini bagi mendapatkan manfaat dari LailatulQadar. Ibadah yang dilakukan pada malam ini menyamai dengan ibadah yang dilakukan selama 1000 bulan. Oleh yang demikian, saya menyeru rakan-rakan untuk mengisi malam-malam terakhir Ramadan ini dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak pasti samada jasad kita masih bernyawa untuk menyambut kedatangan Ramadan yang akan datang. Jika sebelum ini kita tidak berupaya untuk melakukan solat sunat terawikh, saya berdoa agar kita semua dibukakan hati oleh Allah S.W.T bagi merebut peluang keemasan di ambang perpisahan kita dengan Ramadan. Jika rakan-rakan berminat untuk mendapatkan bukti mengenai kewujudan Lailatul Qadar, sila klik sini (kredit untuk ahlami)

Seorang rakan saya pernah berkata," Hipokrit benar orang yang datang terawikh di akhir Ramadan sedangkan orang tersebut tidak pernah datang di awal Ramadan". Pada pendapat saya, tanggungjawab kita sebagai muslim di Bumi ini adalah beribadah kepada Allah S.W.T. Samada ibadah tersebut diterima oleh Allah S.W.T atau tidak ianya bukan urusan kita sebagai insan yang kerdil. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah terhadap hamba-hambaNYa. Secara perbandingan, jika kita ditawarkan kebijaksaan yang tinggi di saat-saat akhir sebelum mengambil peperiksaan, sudah tentu kita akan mengambil peluang tersebut walaupun pada hakikinya kita tidak meletakkan usaha yang konsisten sejak permulaan semester bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Sekali lagi, saya menyeru rakan-rakan untuk meluangkan masa bagi menggandakan ibadah kita di akhir Ramadan.

Hujung Minggu

Sahabat saya, Ali Ashraf baru sahaja tiba di rumah dari Misericordia Community Hospital yang terletak berhampiran West Edmonton Mall. Beliau meluangkan satu malam di hospital berkenaan bagi menemani Encik Mazri yang dibawa ke hospital kerana mengalami kesakitan dalam perut. Ali nampak keletihan kerana beliau tidak melelapkan mata sepanjang malam bagi menenangkan Encik Mazri yang menanggung kesakitan dalam perut. Alhamdulillah, tepat jam 10 pagi tadi, Encik Mazri sudah dimasukkan ke bilik pembedahan.

Kisah Paramedik.

Semalam. saya agak menggelabah apabila mendengar Encik Mazri mengerang kesakitan sambil memegang perutnya dalam bilik Razly. Encik Mazri datang ke rumah kami untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah tetapi beliau tidak terus pulang ke rumahnya kerana badannya yang kurang sihat. Kami semua menyangka masalah yang dihadapi oleh Encik Mazri itu hanya masalah kecil seperti senak perut atau sakit perut.

Disebabkan Encik Mazri tidak mampu mengagahkan dirinya untuk bergerak, saya dipinta oleh rakan-rakan untuk menelefon ambulan (juga dikenali sebagai Emergency Medical Services). Operator kecemasan memaklumkan pasukan paramedik sudah bergerak ke rumah saya bagi memberi perkhidmatan kecemasan. Ini merupakan kali pertama, saya menelefon ambulan dalam hidup saya.

Selang 10-15 minit, pihak paramedik tiba di rumah bersama alat-alat seperti dalam siri " E.R". Saya agak kagum dengan mana-mana insan yang menyarungkan pakaian seragam khas ketika berkerja seperti paramedik dan polis. Terdetik dalam hati untuk mengambil gambar ketika pasukan paramedik tersebut memeriksa Encik Mazri. Namun hasrat berkenaan terpaksa dibatalkan kerana tindakan itu agak kurang sopan di kala Encik Mazri sedang mengerang kesakitan yang amat sangat. Kami semua hanya terpaku di muka pintu tatkala paramedik memeriksa dan menyoal Encik Mazri.

Selepas itu, kami dimaklumkan yang Encik Mazri terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun begitu, paramedik terbabit memohon Encik Mazri menuruni tangga setinggi tingkat tiga kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan pengusung di kawasan tangga atas sebab-sebab keselamatan.

Walaupun bilangan kami agak ramai untuk membantu Encik Mazri namun kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana lebar tangga yang kecil. Sebaik sahaja sampai ke ambulan berkenaan, Ali mengiringi Encik Mazri ke hospital.

Awal pagi tadi, Ali menelefon saya bagi memaklumkan keaadan Encik Mazri. Beliau mengalami kesakitan yang amat sangat kerana masalah apendiks. Mari kita mendoakan keselamatan Encik Mazri sepanjang pembedahan sedang yang berlangsung pada ketika ini. Mudah-mudahan beliau pulih sepenuhnya dalam tempoh masa yang singkat.

Kerja....

Saya pula akan bergerak ke West Edmonton Mall bagi melakukan rutin hujung minggu saya sebagai seorang pekerja Winners. Insya allah saya akan singgah sebentar di hospital bagi melawat Encik Mazri ketika perjalanan pulang dari West Edmonton Mall


~~TyRoX SaN~~

13 comments:

Honcho Cho said...

aku br jumpa ko punya blog la bro..thanx eh!
btw, 10.10 ni im flyng to india!
nice blog u got eh. ;)

farahhanani said...

ya saya amat mengalu-alukan post ini, post yang menyuruh tingkatkan amal 20 hb terakhir.

harap target khatam quran tercapai.

kirim salam ' cepat sihat' kepada encik mazri.

selamat bekerja!

TyRoX SaN said...

farah2....


ape plan ko tym winter nie?

JHaZKiTaRo said...

thanx for adding my link.. :)

Al-Walid Nadly said...

Salam bro....aku dah pun meng'update' kan blog aku so....visit2 kan lah ek?

mr khamsani said...

encik mazri,siapakah beliau?haha..

melalui pengalaman la kan,org yang kena appendicitis ni sakit kat perut..hehe..tu bukan point aku,point aku,bila dia sakit kat perut tu,bila tahap apendiks dia dh nk meletup,badan memang xboleh bergera atau sukar bergerak. kebanyakannya perlu diusung.

so,lepas ni dh tau la ye kalau ada lagi apendiks sapa2 yg nk pecah. n kalau dh anda rasa anda ni scholar,saya cadangkan anda amek closed surgery sbb lebih cepat sembuh. lagipon,cost ditanggung oleh pihak yang bertanggungjawab dan kita hanya bertanggungjawab belajar. aint it so? hehe

[ske] [tdo] [siang] said...

weh

epi besday

h03

Afiqah said...

encik selamat hari jadi kalau tak silap,
farah punya plan pergi LA, San Fransisco, Grand Canyon, New York lg
either 1 or semua sekali

salam

anemontreal said...

ko keje lagi kat winners isko??

wahhh. mewahnyeeee orang tu~~~

Al-Walid Nadly said...

Selamat hari raya,Mal....

farahhanani said...

selamat hari raya dude. kirim salam aidilfitri semua warga alberta.

ayfiq said...

weh, ko call ambulans tak kene charge ke?

TyRoX SaN said...

rsanya kena seyh. aku check kena bayar dalam CAD 300.

mcm haram gila r. tp since guna insurans en mazri so dia la yg kena caj