Pages

Monday, October 27, 2008

Sonata di Edmonton

Salam rakan pembaca,

  • Semalam iaitu hari Sabtu (25 Oktober 2008) salju halus turun dari langit biru Edmonton
  • Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengeluarkan baju musim sejuk bagi menyambut kedatangan musim sejuk di sini.
  • Walaupun hanya salju halus yang kelihatan namun suhu sudah pun mencecah 0 darjah Celsius. Suhu semasa ketika saya sedang menulis bersamaan dengan -1 darjah Celsius tetapi langit kelihatan cerah dan cantik.
  • Semalam, kami semua lari lintang pukang apabila angin sejuk yang kencang secara tetiba bertiup di kawasan kami bermain bola.
  • Hari ini merupakan hari terakhir untuk pameran/festival/karnival/lelongan barangan musim sejuk di Sportex Edmonton. Saya tidak berkesempatan untuk menjejakkankaki ke sana kerana sibuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji untuk peperiksaan.
  • Saya nak beli SNOWBOARD pada tahun ini walau apa jua berlaku.
  • Esok merupakan hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun.



Video....

Kepada sesiapa yang selalu buat muka tidak percaya dengan kesejukan musim sejuk di Edmonton, sila tonton video ini.

3 comments:

Anonymous said...

kedua2 mat salleh 2 menggeletar kesejukan....aku x tau pulak rupa korang cam na lau kesejukkan...hehhee....

Anonymous said...

Eleh,
ingat kat sane jer?

Skunk nie pun musim sejuk kat Indonesia tau.

Maklumlah, Iklim Monsun Tropika, ade 2 musim - Winter and Summer...


~Nak mandi pagi pun cuak~

Anonymous said...

gudluck la edmonton dan winter beliau.haha..
hopefully taun xsnowstorm teruk macam last winter.