Monday, November 10, 2008

Peti merah!!!!

Salam rakan pembaca?

Apa khabar saudara/saudari semua? Saya harap semuanya dalam keadaan dalam sihat sejahtera atau dalam ayat karangan bahasa inggeris "pink of health".

Apabila disebut sahaja perkataan "pink of health" ini, saya berasa agak kelakar kerana pernah diseru dengan bersungguh-sungguh oleh guru bahasa inggeris untuk menggunakan ayat ini dalam karangan berformat surat tidak formal. Katanya ayat tersebut berbunga dan boleh meninggikan markah karangan yang dihasilkan tetapi kebenarannya tidak dapat saya pastikan.

Surat ku padanya.....

Pernahkah rakan-rakan menulis surat kepada seseorang yang diminati/dicintai ketika berada di bangku sekolah???? Saya mengaku pernah menulis surat kepada seorang gadis ketika berusia 14 tahun (kategori: cinta monyet). Nama gadis tersebut ialah %%^%^%^. Akibat terikut dengan gaya penulisan menggunakan ayat "pink of health" , saya telah menggunakan yang ayat tahap formal hingga ke akhir surat tersebut.

Seorang rakan saya turut membantu saya menggarap surat kepada gadis tersebut. Entah di mana silapnya, kami menulis surat tersebut seolah-olah menulis kertas peperiksaan PMR. Setelah selesai menulis surat terbabit, kami berdua membaca bagi mengesan sebarang kesilapan dan bersyukur kerana tiada kesalahan bahasa yang wujud dalam surat itu. Kami berdua berasa bangga kerana berjaya menghasilkan surat yang begitu formal dalam bahasa inggeris untuk seorang gadis.

Setelah memasukkan surat tersebut ke dalam peti surat merah, saya menyedari surat terbabit hanya sesuai untuk digred oleh seorang pemeriksa kertas peperiksaan. Saya dan rakan saya hanya mampu menahan ketawa apabila mengenangkan surat yang dihasilkan kami berdua. Namun yang merasa kesan tentulah saya kerana saya dengan bersahaja meletakkan nama penuh saya mengikut format surat tidak formal. Ketika itu saya hanya mampu berdoa yang si dia tidak akan membuka mulut kepada orang lain tentang surat terbabit. Jika diikutkan hati saya pada ketika itu, peti surat merah harus dikumpil atau diletupkan bagi menghalang surat tersebut sampai ke tangan penerima.


Setelah peristiwa tersebut saya pergi ke sekolah dengan perasaan gementar kerana risau gadis terbabit menghebohkan berita itu kepada pelajar lain. Setelah seminggu berlalu, saya menerima sepucuk surat di bawah meja tulis saya. Surat tersebut sangat ringkas sekali dan ianya bertulis " Saya suka ayat awak!!!!!" Saya tidak menyangka seorang gadis dari kedah membalas surat menggunakan panggilan awak bukannya hang (panggilan awak di kedah).

Surat ringkas terbabit telah membuatkan saya tersenyum seorang diri sepanjang persekolahan pada hari tersebut. Namun begitu, saya merasa kecewa apabila si dia seolah mengelak dari bertembung saya pada hari itu. Ini menyebabkan saya merasakan surat ringkas bukan ditulis oleh gadis itu tetapi dihasilkan oleh rakan-rakannya.

Kalau tidak mencuba, peluang kita mungkin tidak hadir selamanya. Tetapi kita mempunyai peluang jika kita melakukan percubaan bagi merealisasikan impian kita. Sebaik sahaja saya tiba di rumah, saya menerima panggilan dari gadis terbabit. Saya tergamam kerana hampir patah hati mengenangkan kasih yang tidak berbalas namun semuanya berubah dengan surat terbabit.
Atas sebab-sebab yang tertentu saya hanya mampu berkongsi memori tersebut setakat ini sahaja. Pengalaman tersebut hanya boleh dikenang sebagai memori indah ketika bangku sekolah. Saya sudah mempunyai hidup saya sendiri dan saya percaya gadis tersebut juga mempunya hidup yang lebih indah pada ketika ini.

Sila dengar lagu ini kerana ia mungkin mengingatkan kita pada kenangan lalu. Jangan dibiarkan kenangan itu berlalu begitu sahaja tetapi jadikannya sebagai pedoman bagi meneruskan hidup.



P/s:

1) Jangan dilepaskan peluang di hadapan mata jika kita yakin pada kemungkinan dan risiko yang ada.

2) Saya bahagia dengan hidup saya pada ketika ini....

3) Jangan membenci kenangan lalu kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

4) Saya bukan jiwang!!!!!!.

11 comments:

company man said...

acece,
awawa,
p a tdo,
ckp td penat keja.

wey,awek ko tu nama apa?
kasi kenal sikit.

TyRoX SaN said...

Tidur satu kewajipan tapi blog kena update gak bro.....

ini kesah lama la bro... saje menyingkap memori lama

farah said...

takde, akmal jiwang.

TyRoX SaN said...

itu bukan jiwang r.....

Ahmad bin Ariffin said...

dah kalau nak tulis surat kepada yang tersayang, takkan nak guna hang.

TyRoX SaN said...

haha....

mna la tau kot2. dia spesis yang x layan orang cam aku.

x gitu mad?

Purple Crayon said...

hehehe,part paling best dlm episod ni, tak pasal2 peti surat tu pulak kena bom :).

SaGiGuRLz said...

huhuhu....sy stuju kat pompuan 2...saya suka ayat awak...hahhaa....
tul ckp dia....

Afiqah said...

salam tyrox jiwang
saya suka lagu di page anda!!

saya harap anda di sana in a pink of health selalu

mr khamsani said...

Dear Akmal,
You pink of health. I am healthy.

Goodbye.
Mohd Khamsani Bin Ahmad

TyRoX SaN said...

Miss shimah,

peti merah itu masih lagi berdiri teguh kat jitra...

Sagigurl,

Thanks so much.

Afiqah,

bukan jiwang laa.... lagu menjaga hati mmg best

Mr khamsani,

I'm heathy tooo but i'm not pink. hahhaa