Thursday, January 29, 2009
Luka
Apakah yang akan dilakukan oleh rakan-rakan apabila luka kita berdarah kembali? Adakah kita akan menutupinya dengan plaster yang dibeli di farmasi? Adakah kita akan berjumpa doktor bagi mengesan kemungkinan kita menghidapi penyakit darah yang serius?
Atau kita hanya akan membiarkan luka itu berdarah dan terus bergerak tanpa menghiraukan kesakitan yang dirasai disebabkan luka terbabit. Atau kita hanya akan berdoa agar luka itu cepat sembuh dan tidak akan meninggalkan kesan parut yang akan mencacatkan pandangan mata kita.
Walau apa pun sebab luka itu kembali berdarah ianya pastinya memberi kesan kepada tuan empunya badan samada secara fizikal dan mental. Sekurang-kurangnya tuan empunya badan akan memikirkan sebab luka itu kembali berdarah. Mungkin disebabkan tuan empunya badan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat maka beliau terdedah kepada penyakit diabetis dan sebagainya.
Nasihat saya, amalkan gaya hidup yang sehat supaya badan kita terhindar daripada penyakit. Kalau luka kita masih tidak sembuh selepas lebih tempoh seminggu,sila berjumpa dengan segera kerana mungkin ada penyakit tersembunyi yang tidak diketahui oleh kita sendiri.
p/s: Untuk mencipta sejarah, kamu mesti terus melangkah ke hadapan menghadapi hari-hari yang mendatang tetapi jangan kamu lupa menoleh seketika ke belakang bagi mengimbau kisah-kisah lalu agar perkara yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.
p/s/s: Entri ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak
p/s/s/s: Apakah tujuan sebenar entri ini terhadap diri saya?
p/s/s/s/s: Luka di hati lagi sukar untuk disembuhkan berbanding luka di bahagian lain tetapi saya lebih rela dilukai di hati daripada menghidap penyakit diabetis. Semoga Allah jauhkan saya daripada penyakit ini
Wednesday, January 28, 2009
Selamat Tahun Baru Cina
Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan "Gong Xi Fa Cai" kepada rakan-rakan saya yang berbangsa Cina terutama rakan baik saya yang bernama Chan Shao Hang.
Secara lumrahnya, apabila tiba sahaja musim perayaan Petronas akan mengeluarkan iklan-iklan yang hebat serta padat dengan mesej.
Saya ada ramai rakan yang ditaja oleh Petronas kerana syarikat ini mempunyai dana yang banyak berbanding syarikat berkaitan kerajaan lain di Malaysia. Walaubagaimanapun, semua pihak harus sedar bahawa kekayaan Petronas bukannya milik MUTLAK syarikat tersebut kerana penubuhan asal syarikat ini adalah untuk membantu negara Malaysia yang tercinta. Oleh itu, jangan kita mempersoalkan jumlah wang yang perlu diberikan oleh syarikat ini kepada kerajaan Malaysia. Bagaimana pihak kerajaan menguruskan dana itu tidak mampu dijawab oleh saya yang kerdil ini. Jika rakan-rakan tidak berpuas hati dengan cara pengurusan dana tersebut, sila bertanya kepada orang yang lebih layak menjawabnya.
Saya tertarik dengan tulisan rakan saya (Zainal Lutfi) mengenai gaya hidup pelajar tajaan di luar negara. Bagi saya memang lumrah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki namun begitu adakah kita hanya perlu menuruti kesemua tuntutan nafsu kita padahal kita tidak mampu membayar harga tuntutan nafsu tersebut.
Adilkah kita merungut tentang kesusahan hidup kita sedangkan kehidupan kita tidak seteruk yang digambarkan. Sebagai contoh, saya mampu memiliki beberapa barangan elektronik dan mampu melancong menggunakan wang tajaan namun saya sentiasa merungut kepada penaja saya yang tentang kesusahan hidup yang melampau.Adakah saya bertindak sewajarnya sebagai seorang rakyat yang mengenang jasa? Tidak salah untuk kita menyuarakan kesusahan hidup kita tetapi tidak perlu ianya dilakukan dengan unsur hiperbola.
Seharusnya para pelajar tajaan bersyukur kerana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran secara percuma sedangkan ramai yang lebih layak terlepas peluang keemasan. Sebentar tadi, penulis baru sahaja menonton MAJALAH 3 dan penulis merasa tersentuh melihat seorang nenek yang sudah melangkaui usia yang begitu tua sekali masih melakukan kerja-kerja berat di sebuah kilang arang kayu. Menyedari hanya pendidikan mampu mengubah nasib seseorang insan, si nenek ini berkata beliau bekerja untuk menyimpan wang bagi pendidikan cucu-cucunya. Itulah harga pendidikan yang dibayar bagi insan-insan yang kurang bernasib baik.
Lebih mendukacitakan saya apabila melihat sesetengah pelajar yang melanjutkan pelajaran bertukar warna apabila menjejaki kaki di bumi asing. Rambut yang hitam bertukar menjadi berkarat dan bermacam -macam lagi perkara yang ingin dipraktikkan kononnya atas nama modenisasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan sebagai seorang pelajar tetapi mengapa perlu diubah apa yang tidak patut diubah?
Seperkara lagi kesemua pelajar tajaan harus sedar dengan standard yang perlu dicapai oleh mereka sebagai pelajar cemerlang yang ditaja dengan wang RAKYAT MALAYSIA. Memang benar seorang manusia itu tidak sempurna namun kita mempunyai kudrat bangun dari kegagalan serta memajukan diri. Siapakah yang perlu disalahkan jika kita masih gagal mencapai standard yang ditetapkan berulang-ulang kali? Adakah kita patut menudingkan jari kepada penaja yang memilih kita? Fikirkanlah.
Saya perlu berhenti setakat ini kerana masih perlu mengulangkaji untuk peperiksaan pada minggu depan.
Setinggi-tingi penghargaan dirakamkan kepada penaja saya iaitu Yayasan Tenaga Nasional kerana memberi peluang kepada saya menghirup udara sejuk di Edmonton. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan Malaysia, Petronas, MARA, Telekom dan agensi-agensi berkaitan kerana bersama-sama berusaha membina negara Malaysia yang lebih baik di masa hadapan.
Tuesday, January 27, 2009
KEcewa
"Pembantu saya baru sahaja selesai memeriksa kertas assignment kamu semua namun saya tidak boleh memulangkannya kepada kamu semua lagi kerana saya masih belum memasukkan markah kamu ke dalam sistem saya. Keseluruhannya, saya amat kecewa dengan prestasi kelas ini dalam assignment yang lepas. Walaupun pada hakikatnya, terdapat beberapa pelajar yang mendapat markah yang baik tapi majoritinya mendapat markah yang mendukacitakan saya. Saya kecewa kerana prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan tetapi saya lebih kecewa dengan diri saya kerana saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan segala ilmu yang saya kuasai. Saya berharap kamu semua akan bertanya saya soalan jika gagal memahami material yang cuba disampaikan oleh saya walaupun ianya dianggap kecil seperti zarah."
Yang pastinya saya merupakan golongan majoriti yang disebut oleh beliau. Selepas mendengar kata-kata beliau, terdetik rasa kesal dan kecewa di lubuk sanubari insan yang bakal bergelar jurutera elektrik ini. Jika "Assignment 1 " yang mudah tidak mampu diselesaikan dengan mudah, bagaimana dengan "assignment" yang akan datang.
Semoga saya lebih rajin dan bersemangat mengulangkaji subjek ini kerana ianya merupakan subjek teras bagi bakal jurutera elektrik.....
p/s: saya rasa nak bertanya dalam kelas tapi tidak tahu apa yang patut ditanya kerana langsung tidak paham.
p/s/s: sekurang-kurangnya topik kali ini lebih mudah dari topik terdahulu
p/s/s/s: saya masih dalam dilema samada saya harus mengambil "spring course" atau tidak pada tahun ini.
Tuesday, January 20, 2009
Kenapa????
- Kenapa semester ni aku rasa malas nak wat assignment?
- Kenapa semester aku xde semangat nak blaja cam semester lepas?
- Kenapa semester ni aku rasa blur utk semua kelas kecuali kelas material?
- Kenapa buku teks aku x smpai lg walaupun dah lama aku beli?
- Kenapa visa usa aku ditangguhkan kelulusannya?
- Kenapa aku rasa nak picit perut shakir sampai terburai?
- Kenapa semester ni shakir kuat jual minyak kat sub? hahaha
- Kenapa aku membuang masa menulis post bertajuk "kenapa"?
- Kenapa aku menggunakan ayat kenapa bukannya mengapa?
- Kenapa aku rasa nak tido lagi best dari belajar?
- Kenapa bila aku nak tido tapi mata x bleh lelap?
- Kenapa bila aku bangun aku rasa cam nak tido plak?
- Kenapa aku kena wat programming ngan MATLAB semester ni?
- Kenapa aku tgk orang sebelah bilik aku ni maintain macho blaja padahal aku ni malas smcm?
- Kenapa lecturer aku nama x mcm orang canada walaupun aku belaja kat canada?
- Kenapa UoA naekkan syarat minima scholarship sampai aku kena amik spring course?
- Kenapa aku asyik lapar je skunk nie?
- Kenapa aku rasa lapar lagi ni?
- Kenapa aku rasa meluat dengan bunyi fountain kat bilik ni?
- Kenapa korang baca blog aku nie?
- Kenapa aku rasa cam orang sakit mental?
- Kenapa aku rasa nak marah je nie?
- kenapa bila orang mesia call aku x ckp byk2 pdahal aku mmg nak call dia?
- kenapa aku pun x tau ape aku nak?
- Kenapa aku rasa kenapa dan kenapa dan kenapa lalu mengapa?
~~ Matlab tgh programming otak aku. so otak aku mengong.
Sunday, January 4, 2009
Bantulah mereka
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... | |||||
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? | |||||
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... | |||||
| |||||
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, | |||||
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" | |||||
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... | |||||
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak bolehmenjejakkan kakinya ke universiti? | |||||
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakanpunyai bakat... | |||||
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? | |||||
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili! | |||||
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi... | |||||
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, | |||||
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan... | |||||
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya! | |||||
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar... | |||||
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim? |
Saturday, January 3, 2009
Tagged
Thursday, January 1, 2009
Sambutan Tahun Baru 2009
- Sambutan tahun baru di Edmonton agak membosankan jika dibandingkan dengan Malaysia. Yang menggembirakan saya adalah hiburan yang dipersembahkan tidak terlalu banyak jika dibandingkan dengan konsert-konsert di Kuala Lumpur secara khususnya.
- Penyanyi yang dijemput berpakaian sopan ketika melakukan persembahan kerana suhu pada malam tersebut adalah sekitar -20 darjah celcius. Alangkah baiknya jika Malaysia mempunyai suhu seperti ini agar sesetengah insan tidak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
- Kami hanya pergi untuk mengambil gambar dan melihat pertunjukan bunga api.
- Kami tiba di Churchill Square pada jam 11.34 malam dan pulang pada jam 12.14 tengah malam sebaik sahaja pertunjukan bunga api selesai.
- Universiti akan dibuka semula dalam masa 4 hari sahaja lagi. Ini bermakna saya terpaksa melakukan rutin harian sebagai pelajar tidak lama lagi.
Gambar-Gambar
Video