Thursday, January 29, 2009

Luka

Salam,

Apakah yang akan dilakukan oleh rakan-rakan apabila luka kita berdarah kembali? Adakah kita akan menutupinya dengan plaster yang dibeli di farmasi? Adakah kita akan berjumpa doktor bagi mengesan kemungkinan kita menghidapi penyakit darah yang serius?

Atau kita hanya akan membiarkan luka itu berdarah dan terus bergerak tanpa menghiraukan kesakitan yang dirasai disebabkan luka terbabit. Atau kita hanya akan berdoa agar luka itu cepat sembuh dan tidak akan meninggalkan kesan parut yang akan mencacatkan pandangan mata kita.


Walau apa pun sebab luka itu kembali berdarah ianya pastinya memberi kesan kepada tuan empunya badan samada secara fizikal dan mental. Sekurang-kurangnya tuan empunya badan akan memikirkan sebab luka itu kembali berdarah. Mungkin disebabkan tuan empunya badan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat maka beliau terdedah kepada penyakit diabetis dan sebagainya.

Nasihat saya, amalkan gaya hidup yang sehat supaya badan kita terhindar daripada penyakit. Kalau luka kita masih tidak sembuh selepas lebih tempoh seminggu,sila berjumpa dengan segera kerana mungkin ada penyakit tersembunyi yang tidak diketahui oleh kita sendiri.


p/s: Untuk mencipta sejarah, kamu mesti terus melangkah ke hadapan menghadapi hari-hari yang mendatang tetapi jangan kamu lupa menoleh seketika ke belakang bagi mengimbau kisah-kisah lalu agar perkara yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.

p/s/s: Entri ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak

p/s/s/s: Apakah tujuan sebenar entri ini terhadap diri saya?

p/s/s/s/s: Luka di hati lagi sukar untuk disembuhkan berbanding luka di bahagian lain tetapi saya lebih rela dilukai di hati daripada menghidap penyakit diabetis. Semoga Allah jauhkan saya daripada penyakit ini

7 comments:

[ske] [tdo] [siang] said...

mendalam maksod kau ni

aku paham mungkin

moge² kau bertemu kebahagiaan

hak3

TyRoX SaN said...

huhui

apekah maksud ku itu. x baek terjah je bro

Ahmad bin Ariffin said...

tyrox san, adakah luka ni sama dgn luka aku dulu? hehe

TyRoX SaN said...

mad,

i smell something fishy here. hahaha.... mana ade la. aku x nak comment lebey. kang ade orang baca pstu salah faham....

tp kita berkongsi kisah yg hampir serupa. cerita apa aku x pasti. cerita 2 jejaka kacak menulis blog kot.hahaha

SaGiTaGuRLz said...

luka kat hati teda sepa yg tau...huhuhu

Umar Zakir Abdul Hamid said...

bro
salam
daku oasis juga
heh
nama blog kita lebih kurang gak la
linkkan lah daku
nanti daku linkkan kamu
tanx bro

Purple Crayon said...

takper skg banyak modern treatment...nak paling murah, cuci luka dgn clorox pun bleh hehe.