Wednesday, January 28, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Salam rakan-rakan,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan "Gong Xi Fa Cai" kepada rakan-rakan saya yang berbangsa Cina terutama rakan baik saya yang bernama Chan Shao Hang.
Secara lumrahnya, apabila tiba sahaja musim perayaan Petronas akan mengeluarkan iklan-iklan yang hebat serta padat dengan mesej.

Saya ada ramai rakan yang ditaja oleh Petronas kerana syarikat ini mempunyai dana yang banyak berbanding syarikat berkaitan kerajaan lain di Malaysia. Walaubagaimanapun, semua pihak harus sedar bahawa kekayaan Petronas bukannya milik MUTLAK syarikat tersebut kerana penubuhan asal syarikat ini adalah untuk membantu negara Malaysia yang tercinta. Oleh itu, jangan kita mempersoalkan jumlah wang yang perlu diberikan oleh syarikat ini kepada kerajaan Malaysia. Bagaimana pihak kerajaan menguruskan dana itu tidak mampu dijawab oleh saya yang kerdil ini. Jika rakan-rakan tidak berpuas hati dengan cara pengurusan dana tersebut, sila bertanya kepada orang yang lebih layak menjawabnya.

Saya tertarik dengan tulisan rakan saya (Zainal Lutfi) mengenai gaya hidup pelajar tajaan di luar negara. Bagi saya memang lumrah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki namun begitu adakah kita hanya perlu menuruti kesemua tuntutan nafsu kita padahal kita tidak mampu membayar harga tuntutan nafsu tersebut.

Adilkah kita merungut tentang kesusahan hidup kita sedangkan kehidupan kita tidak seteruk yang digambarkan. Sebagai contoh, saya mampu memiliki beberapa barangan elektronik dan mampu melancong menggunakan wang tajaan namun saya sentiasa merungut kepada penaja saya yang tentang kesusahan hidup yang melampau.Adakah saya bertindak sewajarnya sebagai seorang rakyat yang mengenang jasa? Tidak salah untuk kita menyuarakan kesusahan hidup kita tetapi tidak perlu ianya dilakukan dengan unsur hiperbola.

Seharusnya para pelajar tajaan bersyukur kerana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran secara percuma sedangkan ramai yang lebih layak terlepas peluang keemasan. Sebentar tadi, penulis baru sahaja menonton MAJALAH 3 dan penulis merasa tersentuh melihat seorang nenek yang sudah melangkaui usia yang begitu tua sekali masih melakukan kerja-kerja berat di sebuah kilang arang kayu. Menyedari hanya pendidikan mampu mengubah nasib seseorang insan, si nenek ini berkata beliau bekerja untuk menyimpan wang bagi pendidikan cucu-cucunya. Itulah harga pendidikan yang dibayar bagi insan-insan yang kurang bernasib baik.

Lebih mendukacitakan saya apabila melihat sesetengah pelajar yang melanjutkan pelajaran bertukar warna apabila menjejaki kaki di bumi asing. Rambut yang hitam bertukar menjadi berkarat dan bermacam -macam lagi perkara yang ingin dipraktikkan kononnya atas nama modenisasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan sebagai seorang pelajar tetapi mengapa perlu diubah apa yang tidak patut diubah?

Seperkara lagi kesemua pelajar tajaan harus sedar dengan standard yang perlu dicapai oleh mereka sebagai pelajar cemerlang yang ditaja dengan wang RAKYAT MALAYSIA. Memang benar seorang manusia itu tidak sempurna namun kita mempunyai kudrat bangun dari kegagalan serta memajukan diri. Siapakah yang perlu disalahkan jika kita masih gagal mencapai standard yang ditetapkan berulang-ulang kali? Adakah kita patut menudingkan jari kepada penaja yang memilih kita? Fikirkanlah.

Saya perlu berhenti setakat ini kerana masih perlu mengulangkaji untuk peperiksaan pada minggu depan.

Setinggi-tingi penghargaan dirakamkan kepada penaja saya iaitu Yayasan Tenaga Nasional kerana memberi peluang kepada saya menghirup udara sejuk di Edmonton. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan Malaysia, Petronas, MARA, Telekom dan agensi-agensi berkaitan kerana bersama-sama berusaha membina negara Malaysia yang lebih baik di masa hadapan.

6 comments:

[ske] [tdo] [siang] said...

jangan lupa juga kementerian pelajaran dan bahagian sekolah berasrama penoh dan juga bahagian tadika

ingat itu

TyRoX SaN said...

bro...

suma tue termasuk dalam kerajaan malaysia. hehehe. x larat la plak nak tulis.ok aku tmbah kat sini. Bahagian sekolah, unit berasrama penuh, sekolah menengah sains alam shah, sekolah menengah kebangsaaan jitra, sekolah kebangsaan binjal, sekolah kebangsaan jitra, sekolah kebangsaan sri aman, tadika kemas

rafizzi said...

salam
stuju dgn ko!
tak patut merungut..
apa yang kite dpt ni sbnrnye da cukup mewah da..
pandai bajet atau tak je..
merci akmal!

Anonymous said...

Duit tak bawak mati lar KP...
guna jer sehabis mungkin...

TyRoX SaN said...

Salam Anonymous....

Memang benar duit tidak boleh dibawa mati. Saya amat bersetuju. Tapi saya amat tidak bersetuju dengan basis saudara yang harus digunakan sehingga habis tambahan pula jika wang yang diterima hanyalah merupakan bantuan pihak lain terhadap kita. Kalau digunakan secara baek saya tidak kesah langsung... Jngan kita sampai x tahun apakah itu erti INVERSTMENT dan hanya berharap kepada SUBSIDI semata-mata.

sila fahamkan dulu definisi ayat-ayat ini terlebih dahulu yea.

Yang keduanya, persoalan utama yang dibawa oleh saya bukan berkaitan dengan perbelanjaan individu terbabit kerana saya yakin setiap pelajar diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh penaja untuk menguruskan wang yang diterima. Siapalah saya untuk mempersoalkannya?

Yang menarik perhatian saya adalah sikap pelajar apabila mereka sendiri gagal mengurus belanjawan lalu mendesak penaja untuk menaikkan elaun dengan alasan yang tidak sepatutnya timbul

SaGiTaGuRLz said...

ITU DIA...SAUDARA AKMAL TELAH MEMBERIKAN HUJAH YANG BERNAS....hehehe