- Baru sebentar tadi saya melawat blog milik seorang rakan bernama Islahuddin. Beliau merupakan rakan sekelas saya sejak dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.
- Sebaik menjengah gambar di blog beliau, saya teringat saat bersama rakan-rakan seperjuangan hampir 5 tahun yang lepas.
- Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang saya pelajari sepanjang berada di ASIS selama dua tahun.
- Saya agak membenci suasana sekolah terbabit di awal pengajian namun benar kata peribahasa Melayu "Tak kenal maka tak cinta". Setelah beberapa ketika, saya amat menyukai persekitaran dan rakan-rakan baru di sekolah ini.
- Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia merupakan visi yang dicanang oleh sekolah sejak dari awal penubuhan ASiS pada tahun 2003.
- Guru-guru juga selalu berpesan kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berusaha bagi memastikan matlamat tersebut dicapai dengan secepat mungkin.
- Walaubagaimanapun, saya merasa agak kecewa dengan diri sendiri kerana dilihat tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi yang digarap oleh pihak sekolah.
- Sejak saya menamatkan pengajian di ASiS pada tahun 2005, saya lebih banyak menyembunyikan diri daripada aktiviti-aktiviti yang membabitkan kepimpinan.
- Secara jujurnya minat saya untuk memimpin sebuah organisasi ternyata sudah pudar sama sekali dan saya lebih berminat untuk menjadi seorang pengikut biasa.
- Namun begitu, saya amat berharap rakan-rakan saya yang lain dapat mencapai visi ini sekurang-kurangnya sebelum arkitek ASiS iaitu Tuan Pengetua bersara pada tahun hadapan.
p/s: sudah 3 tahun tidak melawat ASiS
p/s/s: Amat merindui rakan-rakan di saat ketawa dan menangis bersama sewaktu masa dahulu.
p/s/s/s: Maaf guru-guru kerana menghampakan harapan yang disandarkan di bahu ini.