Thursday, May 13, 2010

Sebuah Komitmen

Salam,

  • Hari ini pensyarah saya yang "hot"(*susah kot nak jumpa pensyarah perempuan yang cantik n muda kat universiti ni*) ajar tentang komitmen dalam kelas "Organizational Behaviour". Dia bercakap tentang komitmen di tempat kerja tetapi saya ingin bercerita mengenai komitmen dari kaca mata saya.
  • Hubungan terbahagi kepada "Brand New", "Looking Serious" dan "Long Haul". Rasanya rakan-rakan boleh faham kan maksud ayat-ayat ni.
Komitmen

  • Rasanya seseorang itu hanya akan memberi komitmen kerana rasa tanggungjawab, cinta dan pasti akan sesuatu yang ingin dilakukan.
  • Pastinya seseorang akan memberi tahap komitmen yang berlainan bagi setiap peringkat hubungan. Komitmen bagi "brand new" mesti berbeza dengan "looking serious" dan "long haul.
"Brand New"

  • Ini dipanggil fasa kenal mengenal. Dalam fasa ini, seseorang rasanya perlu melihat kepada kebaikan, kelebihan dan keseronokan bagi mencari kemanisan sesuatu hubungan.
  • Sebagai contoh, jika kita berkenalan dengan seorang sahabat baru dan secara tiba-tiba kita mengetahui sesuatu yang kurang baik mengenai beliau kita pasti akan menjauhinya tanpa menyelidik dengan lebih lanjut kerana tahap komitmen pada tahap rendah.
  • Komitmen pada peringkat ini lebih kepada untuk membina sesebuah perhubungan tanpa melihat kepada hasilnya.
  • Perhubungan ini mungkin berpanjangan atau berhenti sementara bergantung kepada individu berkaitan mengembangkan sesebuah perhubungan.
  • Dalam peringkat ini, kita harus cuba mencari kemanisan bukannya kepahitan kerana mungkin hati akan tawar di pertengahan jalan. Kita perlu memberi diri kita masa dan peluang untuk mengenal sesuatu kebaikan sebelum mula belajar erti keburukan yang pastinya suatu yang agak menyakitkan.
  • Begitu juga dalam hubungan seorang pelajar dengan bidang yang diceburinya. Saya mengaku yang saya kurang berminat dengan kejuruteraan pada tahun pertama. Saya seolah-olah putus harapan untuk mengejar impian menjadi seorang jurutera. Keadaan bertambah buruk apabila saya asyik memikirkan tentang kepahitan bergelar seorang pelajar kejuruteraan.
  • Akibatnya, prestasi akademik saya pada ketika itu amat menyedihkan sekali. Saya bukan sahaja gagal memberi komitmen yang sepatutnya sebagai pelajar tajaan malah saya juga gagal mencari kemanisan menuntut ilmu kejuruteraan.
"Looking Serious"

  • Apabila kita sedar bahawa kita mahu serius atau hubungan semakin serius atau kita bertanggungjawab untuk serius maka kita perlu belajar menerima kelemahan yang wujud.
  • Pada masa ini baru lah kita boleh menguji sejauh mana kelebihan mengatasi kelemahan. Kelemahan pasti wujud dalam diri manusia kerana tiada sesiapa yang sempurna sepanjang masa.
  • Jika di awal hubungan kita cuba menyusun bata bagi sebuah rumah tetapi di peringkat pertengahan kita sedar yang membina sebuah rumah memerlukan lebih daripada "skill" menyusun bata. Kita harus belajar lebih banyak perkara yang agak sukar pada peringkat permulaan tetapi insya Allah akan bertambah mudah jika punya kesabaran dan usaha yang berterusan.
  • Dalam membina rumah tersebut kita juga mungkin mengalami masalah daripada segi perancangan, kewangan dan mungkin juga kemalangan. Ini bukanlah benda yang dipinta tetapi jika terjadi kita perlu cuba menerimanya dan mengukur sejauh mana ketabahan kita dalam membina rumah tersebut.
  • Kita boleh mengambil mudah dengan membiarkan sahaja rumah tersebut terbengkalai di pertengahan jalan tetapi mungkin kita terlupa yang rumah tersebut dibina di atas sebidang tanah. Rumah tersebut boleh dimusnahkan tetapi ia mengambil masa dan pastinya menjejaskan tanah tersebut.
  • Semua keputusan bergantung kepada setiap individu. Mungkin meneruskan pembinaan suatu keputusan yang baik setelah menyedari kelemahan yang muncul boleh diterima. Atau mungkin menghentikan pembinaan adalah satu-satunya keputusan yang ada.
"Long Haul"

  • Rumah yang sudah siap perlukan penjagaan yang baik. Rumah akan lebih berseri jika dihias dengan perkakas yang sesuai dan mempunyai laman yang indah.
  • Apabila kita sudah mula memikirkan hubungan untuk jangka masa panjang maka kita juga perlu mempunyai komitmen mempertahankan sesebuah hubungan.
  • Membina sebuah rumah adalah sukar tetapi mempertahankannya dan mengekalkan keindahan merupakan perkara yang lebih sukar.
  • Persoalan yang harus dijawab, adakah kita membina rumah tersebut sebagai tempat berlindung bagi jangka masa panjang? Jika jawapannya tidak. Apakah kita masih mampu membina rumah yang baik seperti yang sudah dibina? Apakah jaminan rumah yang bakal dibina lebih selamat dan lebih indah daripada yang sedia ada?
  • Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Takkan kerana atap rumah bocor kita dengan mudah meninggalkan rumah yang sedia ada tanpa memikirkan aspek keindahan rumah tersebut dan juga kelemahan yang pernah membuatkan kita tabah suatu masa dulu.
  • Segalanya terserah pada setiap individu menilai dan melihat sesuatu perkara.


Semoga kita berjaya komitmen pada perkara-perkara yang sepatutnya seperti ibu bapa,keluarga, pengajian dan sebagainya. Jika kita tidak bersedia memberi komitmen maka kita harus berhenti ketika di peringkat "brand new" lagi. Jika tidak ia pasti memberi kesan kepada diri kita dan orang sekeliling.

p/s: Cintai sesuatu bukan hanya pada kelebihannya tetapi juga pada kelemahannya

p/s/s: Judi bola di Mesia? aduss.... lingkup btoi la

p/s/s/s: Ujian kehamilan ganggu privasi? Kamu tersangat la bongok.. baik jgn jadi menteri seyh..

4 comments:

chokio_nia said...

mak aih..panjang ye komen pasal komitmen ne..ahaha..ko dah sedia nak beri komitmen sbg pelajar sepenuh mase??haaaa..jawab2..:)

miba said...

haha.. dua2 isu last tu aku setuju.. ape punye menteri.. harap je org melayu (islam).. tp buat kenyataan yg x bertaraf menteri.. wat malu kt org2 kampung je kutuk2 diorng kt meja kopi..

TyRoX SaN said...

chokia_nia: x kenal maka x cinta.. hoho.. dalam hati ada taman engineering dah kot. hoho... mau x mau ni la profesion aku nnti .. so kena syg jdik full time student for now.. :P

miba:kan2x? baek ko jdik menteri kan? hampes btoi la...kalo buat ujian kehamilan.. at least parent dpt tau plus dpt elakkan bnda2 yg x elok... bknnya kalo confirm pregnant kita nak publish kat TV...

chokio_nia said...

mak aih..engineering ape lah??letrik eh??tape..nati aku tolong cantas tmn tu ngan machine aku wat..nak??Ahaha