Pages

Saturday, July 17, 2010

Kedai Kopi

Salam,

  • Saya pasti rakan-rakan pernah minum di kedai kopi di mana terdapat warga lelaki yang berhenti seketika untuk menghilangkan dahaga.
  • Agak pelik kerana ramai orang lelaki yang dahaga berbanding wanita jika dilihat daripada bilangan pengunjung yang berada di kedai kopi.
  • Persoalannya, sedap sangatkah kopi yang diminum yang dibancuh di kedai berbanding yang dibancuh oleh isteri di rumah.
  • Setelah diamati rupa-rupanya kedai kopi menyediakan pelbagai jenis kopi yang "menarik"
Kopi GELI

  • Dengar nama kopi ni pun saya dah meremang bulu roma. Itu belum lagi saya baca motto/slogan bagi jenama kopi ini.
  • Terdapat lagi nama kopi yang menggelikan hati seperti Kopi S*p*r, Kopi P*as, Kopi Mak D*r* dan sebagainya. Bayangkan jika sahabat saya yang berbangsa Inggeris bertanya nama kopi ini dan saya terpaksa "translate" nama kopi ini kepada mereka. Agak kelakar kan?
  • Saya pernah bertanya kepada seorang lelaki tentang tabiatnya yang gemar meminum kopi yang menggelikan hati saya ini. Jawapan yang diberi, " Penting ni dik... Kasik kuat performance". Dalam hati kecil terasa ingin saya katakan " Lembik gila ko nie yea!!".
  • Seorang tua pula berkata beliau memerlukan kopi ini bagi menjalankan tugas-tugas harian kerana usia yang sudah tua. Adakah benar kopi yang dicampur sedikit herba memberi tenaga hebat atau sekadar mentaliti yang gemar minum di kedai kopi? Tepuk dada tanya diri.
Minda

  • Usahawan melayu agak kreatif menghasil kopi yang bernama pelik dalam menarik pelanggan yang kebanyakannya golongan lelaki.
  • Namun ternyata kita tidak kreatif kerana masih ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan negara-negara maju.
  • Di saat ramai usahawan luar bersikap kreatif mencipta pelbagai benda yang membantu negara, ramai antara usahawan kita berlumba-lumba membuat kopi "seks".
  • Agaknya kalo semua laki bertenaga seperti kuda dalam hubungan seks mungkin negara akan menjadi sangat maju? Tanya kepada penggemar kopi "geli"
  • Di saat kita berbincang dengan panas tentang kesesuaian pendidikan seks pada generasi muda sebenarnya kita terlupa yang masyarakat kita sudah mendedahkan "seks" kepada kanak-kanak yang masih mentah.
  • Mungkin kita beranggapan slogan-slogan "geli" di kopi terbabit sukar difahami oleh kanak-kanak. Jika kita beranggapan begitu maka kita sekali lagi terkhilaf kerana memandang rendah kepada kanak-kanak pada masa kini.
  • Kita ingin membina masyarakat yang punya intelektual tinggi bukannya masyarakat kopi geli.
  • Setiap insan ada alasan tertentu ketika meminum kopi "geli" tetapi jangan kita mudah tertipu dengan kelebihan yang ditawarkan oleh kopi ini. Jangan terkejut jika nikmat yang ditawarkan itu hanya omongan kosong.
  • Diharap usahawan kopi terus menghasilkan kopi yang bermutu tetapi usahlah diletak slogan yang mengeksploitasikan nikmat seks. Perniagaan juga merupakan suatu ibadah jadi kerjakannya dengan hati yang tulus ikhlas
~~SEKIAN~~

p/s: aku geli siot..

p/s/s/: Pakcik yang sudah berumur. Jika rasa kemampuan sudah berkurang, mungkin ini masanya untuk beribadah dengan lebih banyak daripada berfikir tentang nikmat dunia sahaja.

p/s/s/s: Beberapa tahun yang lepas, tiada iklan mengenai jamu/ubat seks di televisyen Malaysia. Namun begitu, iklan ni makin banyak di tv. Ape nak jadi?

p/s/s/s/s: Jika kopi yang dibancuh oleh si isteri kurang sedap. Apa salahnya seorang suami membancuh kopi untuk diri sendiri dan untuk si isteri. Semaikan kembali benih-benih cinta dalam rumah tangga.

p/s/s/s/s/s: Saya singgah di kedai kopi untuk membeli nasi lemak sahaja....

No comments: