Pages

Friday, July 9, 2010

Korea Selatan Bahagian 2

Salam rakan-rakan,

  • Sambungan daripada bahagian 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo

  • Setibanya di sini, kami segera mencari makanan bagi mengisi perut. Kami berjaya mendapatkan roti dan air minuman bagi melegakan perut dari sebuah kedai serbaneka.
  • Setelah itu, kami mula mencari tempat untuk merehatkan diri sementara menunggu penerbangan pada awal pagi esok.
  • Jam menunjukkan pukul 11 malam dan 2 rakan saya sudah terlelap akibat keletihan. Di saat saya cuba melelapkan mata, seorang pengawal keselamatan datang menghampiri saya.
  • Beliau cuba berkata sesuatu dalam bahasa Korea namun saya tidak mengerti tetapi masih cuba menjawab dalam bahasa Inggeris. Pengawal itu berlalu setelah gagal berkomunikasi dengan saya.
  • Seketika kemudian, pengawal yang sama datang semula dengan membawa sekeping kertas "CLOSED". Beliau mengarahkan kami keluar daripada lapangan terbang tersebut.
  • Jangkaan saya yang lapangan terbang antarabangsa dibuka 24 jam ternyata tidak mengena pada lapangan terbang Gimpo. Saya cuba berbincang dengan pengawal tersebut namun kami tetap diarah keluar dari kawasan itu.
  • Akibatnya, kami terpaksa duduk di bahu jalan sementara menanti lapangan terbang tersebut dibuka semula. Tambah menyakitkan apabila nyamuk-nyamuk mula menyerang kami.
  • Beberapa teksi juga berhenti bagi menawarkan perkhidmatan "murah" mereka. Walaupun kami menolak, ternyata golongan ini terlalu degil untuk berlalu dengan mudah.
  • Saya tertidur walaupun keadaan yang kurang selesa di atas bangku besi pada tengah malam.
  • Tepat jam 2 pagi, rakan saya menyedari beberapa pelancong Korea memasuki lapangan terbang tersebut. Kami agak terkejut kerana pada awalnya pengawal tersebut menghalau kami keluar seolah-olah tiada seorang pun dibenarkan berada di situ selepas tengah malam.
  • Selepas beberapa ketika, kelihatan sekumpulan pelancong Korea yang lain memasuki lapangan terbang tanpa dihalang pengawal berkenaan.
  • Berang dengan peristiwa itu, kami membuat keputusan untuk meredah masuk lapangan terbang tersebut. Setelah memasuki lapangan terbang dan duduk berhampiran kumpulan rakyat Korea terbabit, pengawal itu tidak pula menghalau kami sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.
  • Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami dapat tidur tanpa gangguan pemandu teksi dan nyamuk yang kelaparan.
  • Namun begitu, saya amat kesal akan layanan yang diberikan pengawal tersebut kepada kami.
~~Akan bersambung~~

p/s: masa kena tidur di tepi jalan dengan pelbagai masalah,, mORAL totally DOWN!

No comments: