Pages

Thursday, July 8, 2010

Korea Selatan Bahagian 1

Salam rakan-rakan,



  • Syukur ke hadrat Illahi kerana saya sudah selamat tiba di bumi Malaysia yang tercinta pada 29 Jun 2010.

21 Jun 2010 (Waktu Kanada)



  • Kami bertolak ke lapangan terbang pada jam 8.30 pagi. Setelah "check in", kami menunggu sebentar sementara menanti ketibaan pesawat untuk ke Vancouver.

  • Pada jam 12 tengah hari, kami tiba di Vancouver dan terpaksa menanti selama 2 jam untuk penerbangan seterusnya ke Korea Selatan menggunakan pesawat Korean Air.

  • Di saat menunggu ini, kami agak terpana melihat sekumpulan pramugari Korean Air yang mempunyai wajah jelita seperti selebriti Korea. Hati kami semakin gembira apabila memikirkan saat-saat yang bakal dihabiskan di negara tersebut selama hampir 9 hari.

  • Walaupun kumpulan pramugari berkenaan kelihatan sangat cantik namun dapat dilihat yang ianya bukan kecantikan semula jadi tetapi mungkin melalui pembedahan plastik. Seorang rakan pernah memberitahu saya yang ramai rakyat Korea Selatan yang tergila-gila akan pembedahan kosmetik.

  • Perjalanan antara Vancouver ke Seoul mengambil masa kira-kira 13 jam. Tempat duduk, makanan halal, pramugari cantik dan rancangan hiburan yang disediakan oleh Korean Air harus diberi pujian.

22 Jun 2010 ( Waktu Korea Selatan)



  • Pesawat mendarat di Lapangan Antarabangsa Incheon pada jam 5.30 petang.

  • Setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, kami mula merancang perjalanan kami sepanjang berada di Korea Selatan (*oh ya.. urusan di negara Asia amat menyenangkan berbanding negara barat yang sentiasa paranoid akibat keangkuhan mereka sendiri. Patutlah negara barat susah nak dapat anugerah lapangan terbang terbaik dunia*)

  • Agak mengejutkan, harga menyimpan bagasi di Lapangan Terbang Incheon amat mahal jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Narita. Rancangan kami terpaksa diubah disebabkan harga yang amat mahal ini.

  • Setelah berjaya menguruskan masalah bagasi, kami memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Gimpo.(* Penerbangan ke Pulau Jeju pada hari esok terpaksa diambil dari lapangan terbang lain*)

  • Amat mendukacitakan apabila melihat pekerja "Customer Service" yang kurang mahir berbahasa Inggeris malah seperti tidak berminat membantu pelancong asing. Saya hanya berjaya mendapatkan petunjuk yang jelas setelah bertanya hampir 4 orang pekerja "customer sevice" sahaja.

  • Kami juga dipaksa oleh beberapa pemandu teksi ulat yang berlagak samseng. Mereka cuba memaksa kami untuk mengambil teksi untuk pergi ke Gimpo dengan harga yang mahal.

  • Syukur kerana kami dapat melepaskan diri daripada samseng-samseng ini. Saya agak kesal dengan pekerja-pekerja lapangan terbang yang dilihat bersekongkol dengan samseng ini bagi mengenakan pelancong asing.

  • Kami tiba di Gimpo pada jam 10 malam. Kami bercadang untuk tidur di lapangan terbang ini sementara menunggu penerbangan ke Pulau Jeju pada jam 7 pagi esok.

~~Akan bersambung~~


p/s: Hari pertama di Korea Selatan amat mendukacitakan. Kami hampir patah hati untuk melancong di Korea :((


p/s/s: Malam pertama di Lapangan Terbang Gimpo lagi mendukacitakan (* akan diceritakan pada post seterusnya*)


p/s/s/s: Malam pertama .................. (* eh silap... saya masih bujang :P *)

No comments: