ESEI SPM 2005
- Saya masih teringat tentang esei bahasa Inggeris yang ditulis ketika peperiksaan SPM 2005.
- Tajuk esei yang ditulis oleh saya pada ketika itu adalah "Unexpected Guests".
- "Unexpected guests" yang ditulis saya pada ketika itu adalah kehadiran insan-insan yang tersayang pada majlis konvokesyen saya.
- Dalam esei itu saya menceritakan bagaimana saya belajar di United Kingdom dan berasa sedih kerana insan-insan tersayang tiada di sisi.
- Saya juga menceritakan bagaimana saya bekerja keras di perantauan semata-mata ingin membawa pulang segulung ijazah.
- Tanpa disangka mereka hadir pada majlis konvokesyen bagi meraikan kejayaan saya.
- Di akhir esei, saya telah menulis ayat-ayat syahdu (*bajet nak dapat markah tinggi la kan?*)
Kisah saya
- Alhamdullilah. Esei tersebut membolehkan saya mendapat A dalam bahasa Inggeris.
- Esei itu juga membantu saya melanjutkan pelajaran ke Kanada. Impian asal saya adalah untuk belajar di United Kingdom.(*dulu obses kot dengan sebutan UK*)
- Yea. Saya memang berhajat besar untuk belajar oveC sejak dari kecil lagi. Syukur, impian telah tercapai.
- Alhamdullilah setelah penat lelah di perantauan, saya berjaya menamatkan pengajian "BSc. in Electrical Engineering with Distinction".
- Namun kisah saya tidak seperti esei yang ditulis hampir 6 tahun yang lalu.
- Insan-insan tersayang tidak akan berada di sisi bagi meraikan kejayaan saya di sini. sob2x.
- Secara jujurnya, saya kurang gembira untuk hadir majlis konvokesyen pada hari Selasa ini.
- Harapnya, perasaan ini akan berlalu pergi secepat mungkin agar saya boleh tersenyum gembira.
~~Sekian~~
5 comments:
TahniaH:)
pergh dpt A 1119 nih! ala.. lek r kp, aku kt miri pun convo sesorng je.. family x ikot..
congratz skali lagi! :)
btw, kau blek ni smpat lg nk jd wakil rakyat pru13.. hehe
It's ok.org2 tersayang anda pasti meraikan kejayaan anda wlpn dr jauh. :-) cheer up! Btw congrats!
bang,actually bila ko grad sbnrnya?
tahniah~
Post a Comment