Pages

Sunday, November 8, 2020

A broken "Prihatin"


Maka pada saat ini.
Rakyat Malaysia mula tertanya.
Apa guna mereka kurung di rumah.
Hampir 3 bulan semasa PKP Mac.

Kita pernah menang.
Kluster tabligh juga tamat.
Namun ia kembali.
Malah lebih teruk.

Entah berapa ramai hilang punca rezeki.
Dek PKP yang lalu.
Berapa ramai yang hancur mentalnya.
Berapa ramai yang menderita.

Mereka berkorban demi satu misi.
Kita Jaga Kita.
Tapi itu sejarah.

Sebelum sang tamak berebut kuasa.
Sang kuasa juga angkuh.
Peraturan kuarantin dirodok.
Hanya untuk mereka berkeliaran.
Melompat sana sini berkempen.
Hasut propaganda masing-masing.
Bak syaitan durjana.
Sambil menjarah elaun dan duit parti.

Parti pula jarah tabung duit rakyat.
Mereka setan!!!!

No comments: