Pages

Wednesday, November 18, 2020

Helmet

Beberapa hari yang lepas.
Singgah ke kedai motorsikal.
Niat untuk menukar visor helmet yang semakin pudar.
Tetapi dalam hati terlintas pula niat untuk beli helmet baru.

Kali terakhir helmet dibeli adalah pada tahun 2017.
Helmet masih elok cuma terlintas tentang hayat sebenar helmet.
Akhirnya sedar ianya cuma satu kehendak.
Maka saya simpan sahaja niat tersebut.

Pagi ini saat melangkah ke tempat letak motorsikal.
Terasa aneh kerana helmet biru tiada di raga.
Mundar-mandir cuba mencari.
Setelah beberapa ketika sedar yang helmet sudah hilang.
Hilang dicuri si tangan panjang.


No comments: