Pages

Saturday, January 30, 2021

Dunia Mee Segera

Ramai di media sosial.
Mengaku pakar.
Pakar vaksin, pakar mental, pakar motivasi dan pakar agama.

Terkadang kita hairan.
Entah dari mana munculnya,
Mereka mengaku sebagai pakar motivasi.
Bila disemak kelayakan mula timbul keraguan.

Mudah pula orang kita percaya.
Diberi fakta panjang berjela mereka enggan baca.
Diberi infografik pun mereka tuduh semuanya agenda Yahudi.

Sana-sini mereka menggila.
Kita pula beri mereka perhatian yang diperlukan.
Baik atau buruk.
Akhirnya mereka tetap beruntung kerana kita yang beri mereka publisiti tersebut.

Tak cukup dengan itu.
Mereka semborono pula mengatakan kejahatan itu berlaku dengan izin Allah.
Lihatlah manusia.
Saat mereka diberi kebebasan. Mereka terus lupa.
Yang penting mereka dapat likes, retweet yang mereka perlukan.


No comments: