Pages

Friday, January 22, 2021

Indifferent

Hari ini kecoh sikit.
Isu aplikasi W.
Disuruhnya berpindah ke aplikasi B.
Hanya bersandarkan poster dari seberang.

Benar isu privasi adalah penting.
Tetapi percayakah kamu yang media sosial itu sendiri bukan medan privasi.

Saya percaya dengan 2 perkara
i) Jika sesuatu produk itu percuma maka kita adalah produknya. Bunyi tidak adil? Ada ke konsep percuma? Gaji tak perlu dibayar? Server percuma? Cyber security percuma

ii) Benda yang diletakkan di social media bukan privasi mutlak kita. Jika hendak privasi mutlak maka hiduplah secara off grid. Kita ada pilihan.

Maka berbalik kepada isu asal. Aplikasi W telah menjelaskan semula privasi pengguna tidak akan dikompromi pun. Ramai juga pilih untuk percaya. Pilihan masing masing

Aplikasi B pula tiada sebarang penjelasan tentang privasi. Disemak dasar privacy juga tiada sebarang panduan. Tetapi orang percaya aplikasi B selamat.

Katakanlah satu hari nanti B pula ubah privacy maka pada waktu itu kita akan melompat kembali.

Pokok pangkalnya kita sebagai manusia yang kena berubah.

Jika hal kerja yang kononnya sulit. Maka jangan campur adukkan kerja dengan aplikasi sosial. Wujudkan la secure database bagi tujuan itu. Kita yang salah tapi kita salahkan orang.

Jika hal peribadi dan sulit. Perlukah dikongsi? Gambar sulit? Gambar tersulit? Maklumat bank? Kalau sulit mengapa tulis atau simpan di situ? Pilihan kan?


No comments: