Pages

Thursday, January 28, 2021

Pasar Jalan Othman

Berpagian di pasar.
Membeli barang keperluan.
Cuti awam sempena Thaipusam.

Pasar Jalan Othman Petaling Jaya.
Keadaannya sedikit lengang.
Susun atur lebih kemas.
Bau busuk juga terkawal.

Yang lebih menarik.
Hanya kelihatan warga tempatan yang berniaga.
Tiada lagi kelibat warga asing.

Siapa kata warga tempatan malas.
Sistem yang tiris jadi penghalang.
Lesen yang ada di ali baba ke warga asing
Penguasa pula pejam mata.

Pandemik ini ada banyak kesan.
Benar yang buruk itu lebih banyak.
Di sisi lain.
Ada perkara baik.

Siapa perosak sebenar Bumi?
Manusia atau Covid19?

Kenangan Pasar Jalan Othman.

Satu kenangan yang akan sentiasa terpahat.
Saya dikehendaki menjalani swab test kerana terdapat peniaga yang disahkan positif. 
Baru tahu erti pedih saat rongga hidung dan tekak diterobos. 
Susulan itu juga PKPD dilaksanakan di sekitar kawasan PJ Old Town.




No comments: