Pages

Friday, November 14, 2008

Seloka

Bijan bercuti ke Bagan Datok,
Mencari satay berkuah kari,
Jangan disentuh daging katok,
Jika daging halal boleh dicari,

Ah Chong dipukul hingga berbirat,
Dipukul sampai malam buta,
Jangan diguna alasan darurat,
Bagi menghalalkan cara kita.

Kera disuruh memetik kelapa,
Kerja dibuat dengan taat,
Jangan kamu berbuat lupa,
Haloween ditegah khutbah Jumaat,

Hang Tuah bertarung atas talam,
Abang Razly orang Sabah,
Kenapa mesti ke kelab malam,
Jika masjid tersergam indah.

Istana Meranti asasnya kayu,
Dikawal oleh pengawal perkasa,
Kalau kamu anak melayu,
Jaga adab sepanjang masa.

Pak Samad terbatuk-batuk,
Anak ayam berlari-lari,
Kalau kamu sudah terhantuk,
Cepatlah bangun buktikan diri.

Zorro itu orangnya kacak,
Ali berhijrah dari Kelantan,
Dimana saja Bumi dipijak,
Jangan kamu lupa daratan.

Zaid Ibrahim orang Umno,
ISA tetap dianggap salah,
Jangan malu dianggap kuno,
Dalam menegakkan hukum Allah,

Smallville versi baru Superman,
Mampu bergerak macam kilat,
Wahai teman orang budiman,
Berhenti merokok sebelum terlambat,

Dalam hidup mesti bersabar,
Piko dan Shakir sudah bertegur sapa,
Azam dibuat dengan berkobar,
Tapi hancur kerana alpa,

Bila belajar jangan malas,
Jika tidak hidup menderita,
Kalau ada terasa pedas,
Ampun maaf saya pinta.

Nukilan: Mohd Akmal Mehat

p/s: Fikirkanlah motif kita sejenak
p/p/s: pengawas pusat sumber (cilok dari azraf)
p/p/p/s: Tyrox San bercadang untuk menghasilkan sebuah syair untuk topik seterusnya.
p/p/p/p/s: Saudara Bijan akan menjadi model utama bagi topik yang akan datang.

13 comments:

SaGiTaGuRLz said...

hahah....
abg razly org sabah....
tp mmg pun...

nie wat sndri bha kn???caya lah....
respect gue ngan loe....

TyRoX SaN said...

ya.. nukilan asli mohd akmal mehat..

Anonymous said...

rajin mengarang. aku dah lama menyepi.

TyRoX SaN said...

hoho...


tue la pasal.... aku bukak blog ko mmg sepi je....

tp x pe la coz ko ade photoblog ngan kamera kaw2....

orang cam aku ni bleh wat cmni je la...

bak kata pakman... kalo nasihat secara terus x berjalan cuba secara sarkastik.

rafizzi said...

salam..
huhu ape leh buat..
famly dah jauh..
nak ubati kerinduan, kumpul la
sesama malaysian bile ade event..
akmal, korg kalau nak bercuti ke france, dtg ar..
cuti xmas ni ke...
leh mlwt eiffel ke..
g disneyland ke..
nnt gtaw ar kalau ade plan nak ke france.. mana taw boleh jumpa.. =)

Anonymous said...

pantun akmal dikelek rapi,
isinya sarat jadi pedoman,
dikala lalai tarikan duniawi,
rakan dan taulan ingat-ingatkan,


eh, tak caya aku pon boleh buat.

Afiqah said...

akmal nice poem!!
it's a common thing for overseas student to forget about themselves

yeah good thing to know that you are still on track

i wish i have my friends here to remind of this kind of stuff

Ahmad bin Ariffin said...

pantun2 ni boleh masuk dalam buku Sastera Sek. Men. dah tyrox.hehe.cuma susah sikit la nak terjemah 2 baris atas tiap pantun.

TyRoX SaN said...

Ahmad,,,,

ko mmg x brape paham coz ko bukan orang yg ingin aku sindir....

Azraf Hipni said...

ahh. ko pemimpin pelajar.. aku pengawas pusat sumber. aku anti pemimpin pelajar. aummmm

Azraf Hipni said...

ahh. ko pemimpin pelajar.. aku pengawas pusat sumber. aku anti pemimpin pelajar. aummmm

tsam_ismail said...

hisy..ni mau teriak sasterawan negara klu baca ni
haha..ada bakat2

Unknown said...

wahhhh...
best2~
:D