Pages

Sunday, January 4, 2009

Bantulah mereka

Salam rakan-rakan,

Saya percaya rakan-rakan sudah mengetahui kejadian yang menimpa rakyat Palestin pada ketika ini. Rejim Zionis yang disokong oleh proksi-proksi barat dengan mudah menyalahkan pemerintah Palestin sebagai penyebab kematian yang besar di pihak Palestin.

Pada ketika ini pihak rejim jahanam ini sedang bersiap sedia untuk membunuh rakyat Palestin dengan rakusnya atas nama kempen memerangi keganasan. Sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak rejim tidak boleh diterima akal kerana peperangan itu ternyata umpama seekor semut melawan seribu gajah. 

Siapakah yang merampas tanah penduduk Palestin?
Siapakah yang menggunakan helikopter tempur untuk menceroboh ruang udara Palestin?
Siapakah yang membina senjata nuklear sewenang-wenangnya tatkala negara lain dihalang dengan keras oleh Amerika Syarikat daripada membinanya?
Siapakah yang mengurung rakyat Palestin di negara sendiri dengan tembok-tembok gergasi?

JAWAPAN: Rejim Zionis

Persoalannya, adakah pihak Palestin hanya perlu berpeluk tubuh melihat satu demi satu rumah mereka dirobohkan oleh jentolak pihak Israel ? Adakah kita sendiri akan berdiam diri apabila ada orang yang datang rumah kita lalu menghalau keluarga kita dari rumah tersebut dengan sesuka hati. Semestinya kita akan mempertahankan hak kita walau dengan apa cara sekalipun. 

Penduduk Palestin hanya mampu melawan tentera-tentera rakus tersebut dengan batu dan roket buatan sendiri. Walaupun mereka sedar kemampuan mereka pastinya terbatas apabila berhadapan dengan senjata-senjata pembunuh Zionis, namun mereka tidak berputus asa dalam mempertahankan agama, keluarga dan tanah air tercinta. Lebih mendukacitakan, negara-negara Arab yang mengelilingi negara Israel yang kecil itu tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan sikap pemimpin mereka yang hidup seperti seekor keldai yang tinggal di mahligai. 

Pemimpin Arab bukan sahaja gagal mempertahankan tanah suci terbabit daripada kerakusan rejim Zionis malah mereka enggan menghulurkan tangan dengan membuka pintu sempadan agar penduduk awam Palestin mendapatkan perlindungan. Mereka lebih sanggup melihat bumi Palestin bermandi darah daripada kehilangan takhta keldai di istana. 

Umat Islam sudah bosan dengan kata-kata kosong pemimpin mereka mengenai isu Palestin. Setiap kali Palestin dinodai, pemimpin-pemimpin Islam hanya tahu mengadakan persidangan tergempar di hotel-hotel mewah. Di akhir persidangan ini, mereka hanya membuat kenyataan mengutuk serangan Zionis tanpa tindakan susulan. 

Sedarlah kita bahawa bahan api yang digunakan oleh pihak Zionis dalam serangan ke atas Palestin datangnya dari negara-negara Arab. Mereka boleh melakukan sesuatu tetapi mereka memilih untuk menikmati syurga dunia dengan penuh nafsu. 

Dibawah ini saya kongsikan bersama beberapa gambar untuk renungan kita



Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...


...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


 

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak bolehmenjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakanpunyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, 
dia dikenali sebagai seorang 
pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?


Nota:

1. Mari kita mendoakan keselamatan penduduk Palestin daripada kerakusan rejim Zionis (menyedari kapasiti sebagai insan biasa dan rakyat yang tidak mempunyai kuasa)

2. Ringankan tangan untuk memberi sumbangan kepada pihak Palestin (pastikan sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada pihak yang sepatutnya.

3. Betulkan tanggapan sesetengah pihak mengenai kekeliruan yang berlaku di Palestin angkara media Barat yang memburukkan Islam.(berhati-hati. jangan sampai menimbulkan provokasi dan kekecohan.Berdakwah secara berhikmah)

4. Terima kasih kepada akak Sakinah kerana berkongsi gambar-gambar di atas bagi tatapan bersama

7 comments:

rafizzi said...

masyaAllah.. terasa terbakar n sakit hati baca tindakan zionis!! kurang ajar! israel laknatullah! thanks krn berkongsi ye akmal.. byk gak kesedaran n info yg baru tahu! zionis biadap! selamatkan saudara kami d gaza ya Allah....

rafizzi said...

akmal, aku amik sikit info dalam apa yg ko tulis ni and post kat blog aku ye.. harap ko benarkan.. sama2 kita sebarkan realiti umat pada hari ini.. insyaAllah apa yg kita buat ni smua kerana Allah swt

TyRoX SaN said...

rafizzi....

salam bro. awak dialu-alukan untuk berbuat demikian. Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan umat Palestin

Anonymous said...

tade pun gambar..

PkO said...

rafizzi you should watch this highly praised movie called occupation 101..
it pretty much shows everything about the conflict from the start and no bias at all..just the truth.

TyRoX SaN said...

to anem...

ko kena guna mozilla or chrome..

kalo ko guna safari mmg hancus r

Anonymous said...

i had come to a direct contact with the directors of occupation101 "bila dia datang carleton dua tahun lepas tapi aku kecewa sbb aku ckp kencang saja kat sini",but i didnt ask any question to him. =(