Hari ini Dr. Mojghan Daneshmand melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan prestasi "Assignment 1". Terjemahan kata-katanya:
"Pembantu saya baru sahaja selesai memeriksa kertas assignment kamu semua namun saya tidak boleh memulangkannya kepada kamu semua lagi kerana saya masih belum memasukkan markah kamu ke dalam sistem saya. Keseluruhannya, saya amat kecewa dengan prestasi kelas ini dalam assignment yang lepas. Walaupun pada hakikatnya, terdapat beberapa pelajar yang mendapat markah yang baik tapi majoritinya mendapat markah yang mendukacitakan saya. Saya kecewa kerana prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan tetapi saya lebih kecewa dengan diri saya kerana saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan segala ilmu yang saya kuasai. Saya berharap kamu semua akan bertanya saya soalan jika gagal memahami material yang cuba disampaikan oleh saya walaupun ianya dianggap kecil seperti zarah."
Yang pastinya saya merupakan golongan majoriti yang disebut oleh beliau. Selepas mendengar kata-kata beliau, terdetik rasa kesal dan kecewa di lubuk sanubari insan yang bakal bergelar jurutera elektrik ini. Jika "Assignment 1 " yang mudah tidak mampu diselesaikan dengan mudah, bagaimana dengan "assignment" yang akan datang.
Semoga saya lebih rajin dan bersemangat mengulangkaji subjek ini kerana ianya merupakan subjek teras bagi bakal jurutera elektrik.....
p/s: saya rasa nak bertanya dalam kelas tapi tidak tahu apa yang patut ditanya kerana langsung tidak paham.
p/s/s: sekurang-kurangnya topik kali ini lebih mudah dari topik terdahulu
p/s/s/s: saya masih dalam dilema samada saya harus mengambil "spring course" atau tidak pada tahun ini.
6 comments:
ko pun berapa subjek sem ni akmal?
erm,
xpe3.
t cuba usaha lg.
gudluck tyrox!
u cn do it dude!
huhuhU~
ahmad...
saya mengambil 5 subjek pada tahun ini. 4 subjek elektrik dan 1 subjek material..
ssah hati sangat ark semester ni. rasa cam terawang-awang je.
Shah.
Thanks bro.... yeah i can do it n i have to do it....
hye akmal....
usaha tangga kejayaan....ingat 2...
sagitagurlz,
ang baru abis SPM ka?
tahun nie nak stpm dah pun....hehehee
Post a Comment