Pages

Thursday, January 1, 2009

Sambutan Tahun Baru 2009

Salam rakan-rakan,

  1. Sambutan tahun baru di Edmonton agak membosankan jika dibandingkan dengan Malaysia. Yang menggembirakan saya adalah hiburan yang dipersembahkan tidak terlalu banyak jika dibandingkan dengan konsert-konsert di Kuala Lumpur secara khususnya.
  2. Penyanyi yang dijemput berpakaian sopan ketika melakukan persembahan kerana suhu pada malam tersebut adalah sekitar -20 darjah celcius. Alangkah baiknya jika Malaysia mempunyai suhu seperti ini agar sesetengah insan tidak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
  3. Kami hanya pergi untuk mengambil gambar dan melihat pertunjukan bunga api.
  4. Kami tiba di Churchill Square pada jam 11.34 malam dan pulang pada jam 12.14 tengah malam sebaik sahaja pertunjukan bunga api selesai.
  5. Universiti akan dibuka semula dalam masa 4 hari sahaja lagi. Ini bermakna saya terpaksa melakukan rutin harian sebagai pelajar tidak lama lagi.

Gambar-Gambar





Video

6 comments:

[ske] [tdo] [siang] said...

~Alangkah baiknya jika Malaysia mempunyai suhu seperti ini agar sesetengah insan tidak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.~

suci betol pemikiranmu wahai rakan

xsie2 penat lelah haji idrus mendidikmu

tahniah

TyRoX SaN said...

oit khai....

ko ape kabo skunk?

lama aku x nmpak ko online ym.. pg mana huh?

SaGiTaGuRLz said...

~Alangkah baiknya jika Malaysia mempunyai suhu seperti ini agar sesetengah insan tidak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.~

p/s : kita xtau dorang sengaja utk mndedahkan atau pihak pengajur sponsr baju jenis mcm 2....walaupun baju yg dorang pakai tu mahal2, tapi tubuh dorang seakan yg murah2....so...sendri mau ingat lau jd artis....hehehe...
harap aku x jnis yg mcm 2....lau ble jd mcm datuk CT!!!!
IMEJ SENTIASA BERSIH!!!

Ahmad bin Ariffin said...

sejuknya -20 Celsius..kalau sana tak sejuk, ko akan mendedahkan tubuh tak akmal? hehe (bunyi gay sikit)

TyRoX SaN said...

to sagitagurlz..

Dato' Ct???? sori la.. saya amat x berminat dengan cik siti nie.. semenjak dia kawen neh , saya tgk dia cam orang x serupa bikin je...

kalo dia nak pakai tudung, kena la ikut cara yang btoi bukannya ikut suka suki cam ct nie... pelik2.


to Mad...

ahaks... patut la smcm je aku dgr comment ko nie... kalo x sejuk. bukan setakat dedah lebeh dari tue sanggup aku wat. hahahaha

SaGiTaGuRLz said...

tak...mksud saya cara pakaian dia...bkn bertudung la...tapi kn, dato k sebagai suami harus menegur si isteri kn???