Pages

Monday, October 5, 2009

Jiran

Salam rakan-rakan,

  1. Entah kenapa semester ini saya rasa tidak sabar menunggu kerpasan salji turun dari langit Edmonton. Rakan saya yang bernama Abd Rahman pun sudah tidak sabar untuk mengeluarkan 'snowboard' sakti yang sudah sekian lama disimpan dalam beg.
  2. Insya allah tahun ini saya dan rakan-rakan akan berkunjung semula ke Jasper untuk bercuti. Jika pada tahun yang lalu, kumpulan kami agak kecil tetapi saya percaya tahun ini akan lebih meriah.
  3. Apabila disebut sahaja tentang Jasper atau Marmot Basin, saya teringat tentang beberapa insiden yang menimpa rakan saya iaitu Fuad dan Abd Rahman. Jika dikenang kembali, peristiwa ini agak menggelikan hati.
Indonesia
  1. Indonesia sekali lagi ditimpa bencana alam dalam bentuk gempa bumi. Natijahnya ramai yang terkorban dan ramai kehilangan tempat tinggal sama sekali. Seperti biasa Malaysia sebagai jiran yang prihatin telah menawarkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban manga tragedi gempa bumi.
  2. Namun begitu, saya agak kesal dengan sikap segelintir besar rakyat Indonesia yang berlagak seolah mereka perajurit ibu pertiwi dengan cuba mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Mereka ini sanggup menandatangi borang sukarelawan bagi berperang dengan Malaysia tetapi mereka tidak sedar yang mereka sepatutnya membanting tulang dengan membantu saudara mereka yang ditimpa malang.
  3. Saya agak pelik apabila melihat Malaysia dituduh sebagai pencuri oleh segelintir rakyat Indonesia hanya disebabkan beberapa isu yang remeh. Jika dilihat daripada sejarah, ternyata Nusantara Melayu mempunyai banyak persamaan. Oleh itu, tidak mustahil jika terdapat budaya yang seakan-akan sama antara Malaysia dan Indonesia. Malah, terdapat kaum di Malaysia seperti Minang memang terbukti berasal dari Indonesia.
  4. Sepatutnya Indonesia harus berbangga dengan persamaan budaya yang wujud antara Malaysia dengan Indonesia.Persamaan ini tidak sepatunya dijadikan isu yang mengelirukan rakyat yang kurang berpengetahuan.
  5. Seharusnya, Indonesia berterima kasih kepada Malaysia kerana samada rakyat Indonesia sedar atau tidak mereka perlu menerima kenyataan yang Malaysia merupakan syurga bagi kebanyakan rakyat Indonesia bagi mencari rezeki.
  6. Saya sedar kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia merupakan isu yang digunakan oleh media dangkal Indonesia bagi meniup api kebencian di kalangan rakyat Indonesia. Namun begitu, media dangkal ini tidak harus membuat laporan berat sebelah hanya semata-mata ingin melariskan jualan surat 'jelek' mereka itu.
  7. Pada asasnya, kedatangan warga Indonesia juga membawa kesan buruk kepada Malaysia.Sebagai contoh, kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi menguruskan kebanjiran warga Indonesia. Kos ini termasuk kos penguatkuasaan, kos pusat tahanan dan kos penghantaran pulang warga Indonesia.
  8. Malah, golongan ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan jenayah di bumi Malaysia. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia cuba melancarkan provokasi bagi menghalau warga Indonesia dari Malaysia? Sehingga hari ini, warga Indonesia masih lagi bebas mencari rezeki tanpa sebarang ancaman dari rakyat Malaysia.
  9. Saya amat kesal dengan kerajaan Indonesia dan media Indonesia yang gagal menjelaskan situasi sebenar kepada rakyat mereka. Malah kerajaan Indonesia juga seolah-olah cuba memprovokasi Malaysia walaupun pada hakikatnya mereka masih menafikannya.
  10. Saya berharap rakyat Indonesia bersyukur kerana di saat mereka ditimpa malang, jiran mereka masih sudi menghulurkan bantuan. Seharusnya bantuan tersebut diterima dengan hati yang terbuka agar golongan yang memerlukan mendapat maanfaat.
Gadis kecil ini masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup.

Malaysia

  1. Walaupun sentimen anti Indonesia kurang ketara di Malaysia, namun isu-isu yang dimainkan oleh pihak Indonesia ternyata membakar hati sebilangan rakyat Malaysia.
  2. Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur kerana sehingga hari ini tidak wujud sebarang gerakan dari Malaysia untuk memprovokasi Indonesia kerana tindakan tersebut itu hanya membawa kepada keburukan.
  3. Bait-bait perpecahan ini amat disukai oleh musuh-musuh Islam kerana ia hanya mempercepatkan proses membinasakan Islam.
  4. Syabas kepada kerajaan Malaysia yang tidak terlalu menumpukan kepada isu provokasi Indonesia sebaliknya lebih kepada isu kemanusiaan mangsa gempa bumi walaupun pada masa yang sama Susilo Bambang Yudhoyono dengan bangganya mengisytiharkan kemenangan batik sebagai milik Indonesia. Persoalannya, apa gunanya raja memiliki sayap emas jika gagal rakyat menangis di serang sang garuda?
  5. Namun begitu, saya agak kesal dengan sebilangan rakyat Malaysia yang seolah-olah gembira melihat Indonesia dilanda gempa bumi. Mungkin terlalu geram terhadap provokasi Indonesia, kumpulan ini dengan mudahnya mengatakan rakyat Indonesia wajar mendapat balasan sedemikian.
  6. Saya ingat mengingatkan kepada rakan senegara yang malang tidak berbau. Kita seharusnya bermuhasabah diri tatkala melihat saudara kita ditimpa bencana. Mungkin hari ini cerah tetapi langit tidak selalunya cerah.
  7. Tidak adil bagi kita mengadili saudara kita di Indonesia hanya kerana segelintir golongan dangkal yang hanya pandai bermain kata-kata dan buluh runcing. Sebaliknya, kita mesti mengambil peluang ini untuk beramal jariah dan menginsafi diri yang banyak melakukan dosa.
  8. Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kedudukan Malaysia yang dilindungi oleh Sumatera. Pulau Sumatera bertindak seperti perisai kepada Semenanjung Malaysia daripada ancaman tsunami dan gempa bumi. Bayangkan nasib Malaysia jika gempa bumi berlaku dan Pulau Sumatera tidak pernah wujud dalam peta dunia?
  9. Mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di Indonesia agar mereka terus tabah menjalani kehidupan dan teguh beriman kepada Allah S.W.T


p/s: Rasa amat gerun melihat peristiwa gempa bumi di Padang
p/s/s: Amat berharap hubungan Malaysia-Indonesia jernih kembali

2 comments:

farid ramli said...

Salam bro akmal.

Sebenarnya kerajaan Indonesia byk menyokong Malaysia. Tapi mcm biasalah, kat seluruh dunia mcm tu, media memainkan peranan lagi penting daripada kerajaan.

Bayangkan dalam satu berita. Mula-mula berita tentang Malaysia dahpun meminta maaf dan disambut baik oleh kerajaan Indonesia. Lepas tu sambung pulak dengan berita yang memperburukkan Malaysia. Semuanya media yang main peranan.

Kalau kami kat sini (jakarta), dah lali. Sebab bagi kami, kalau diorang kenal kami secara dekat, tiada masalahpun. Cuma yang tak kenal dan hanya tahu cerita tentang Malaysia dari media je yang agak sentimen menebal sikit.

TyRoX SaN said...

salam ukhuwah bro farid,

terima kasih kerana sudi memberi pendapat di blog saya... saya percaya saudara lebih arif daripada saya mengenai situasi di Indonesia kerana saudara tinggal di negara jiran kita.

Mungkin saya ada melakukan kehilafan apabila menyatakan kerajaan Indonesia cuba memprovokasi Malaysia. Namun begitu, saya berpendapat bahawa kerajaan Indonesia harus lebih tegas terhadap media yang cuba meniup api kebencian di kalagan rakyat Indonesia. Perkara ini hanya akan merosakkan perpaduan umat Islam di Nusantara jika tidak ditangani dengan segera.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya. Semoga kita beroleh manfaat daripadaNya