- Hari ini sepatutnya saya pergi ke South Edmonton Common untuk membeli belah tapi rancangan dibatalkan kerana masalah tertentu.
- Disebabkan kebosanan berada di rumah, saya pun pergi ke Duchess Bake Shop yang terletak di Downtown. Tujuannya adalah untuk mencari "macarons".
- Semalam saya terbaca blog "Amirah Izzati Zaidi", di mana beliau mengatakan "macarons" ini sedap. Duchess Shop adalah satu-satunya kedai di Edmonton yang menjual "macarons" (*macarons adalah sejenis makanan yang berasal dari negara Perancis*)
- Sampai sahaja di kedai ini, saya agak keberatan untuk melangkah masuk disebabkan kedainya yang kelihatan "grand" berbanding kedai-kedai di sekitarnya.
- Pintu kedai dibuka oleh seorang gadis yang bermata biru sambil mengucapkan "Bonjour". Kelihatan beberapa orang pelanggan yang berpakaian formal sedang minum cappucino di satu sudut kedai (* saya pula hanya memakai baju dan jeans lusuh. haish*)
- Di kaunter, mata saya liar mencari macarons namun saya gagal menemuinya. Lalu gadis berkenaan menunjukkan kepada saya macarons yang dicari oleh saya.(*aduss. punya la ciput macarons ni. Ingat besar mcm dorayaki.*)
- Saya hanya meminta satu macarons untuk dirasa terlebih dahulu dan rasanya sangat sedap sekali. Setelah berpuas hati saya pun memesan satu kotak macarons untuk dibawa pulang ke rumah.
- Kesimpulan. Macarons ini sangat kecil dan mahal tetapi sedap. Duchess Shop pula merupakan kedai yang sangat unik dan cantik dari segi makanan dan layanan.
~Sekian~
p/s: Duchess Shop cuma ada 8 jenis macarons sahaja...
p/s/s: Kawan2x.. aku x update blog bukan sbb sakit tapi skunk ni aku byk habiskan masa kat gym. :) thanks sebab amik berat
8 comments:
gemoooooooookk!
makan sume skali smpai habis :/
aaaaaaaaaaaaaaaa
nak jugak!!
aih kenapa lah dok india -___-
how much eh 1 box?
mahal gila sgt ke??
nmpk cam sedap jer...
p/s::ko sakit??lol...rehat secukupnya yer..
miera: hahaha... mna ade.. aku siap bdk2 umah aku makan lg seyh... xde la mahal sgt.. 1 macaron=CAD 1.50 tp kan aku ckp dia mahal sbb dia kecik cam ciput... croissant yg besar pun murah lg dr macarons nie. hehe...
btw. aku x GEMOK!!!!
areda: aku ckp, aku x update bkn sbb aku sakit la.. haish.. aah.. mmg sedap.. thanks to mama giant GEMOK...
HAHAHA tipu tipu.
ko mesti sumbat sume skali
macarons tu lepas snap pics :P
gemok gemok gemok! >:)
oh btw, byk habis masa kat gym?
tolong lah jgn nty badan jd ketol ketol
geli koooottt :PP
miera: hahaha... standard orng jeles x leh makan macarons msti reply cam ko.. hahaha..
pg gym x smstinya angkat berat.. bleh je wat cardio exercise.. hoho..
it does look yummy!!!
harus bawak macarons as svner for memey a.k.a miera..hehe :D
cik samha: hoho... miera xleh makan sbb dia sudah gemok!!!..:P
macaroons mmm.
Post a Comment