Pages

Sunday, May 30, 2010

Komitmen pada organisasi

Salam,

*Entri ini ditulis hampir satu bulan yang lepas*

Mesyuarat
  • Mesyuarat merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa pihak tentang sesuatu perkara. Sebarang pandangan mesti disuarakan tanpa rasa gentar agar ianya dapat didengar oleh semua ahli mesyuarat dan dibincangkan secara konstruktif.
  • Pada akhir mesyuarat, sebarang keputusan yang dibuat adalah keputusan majoriti yang dicapai melalu kesepakatan bersama. Oleh itu, tidak timbul soal samada keputusan tersebut keputusan individu tertentu. Semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara-perkara yang dibincangkan dapat dicapai sebagaimana yang dibincangkan.
  • Sebagai ahli yang tidak hadir ke mesyuarat, ahli tersebut hanya boleh patuh kepada keputusan mesyuarat tersebut kerana kata sepakat sudah dicapai dan kegagalannya menghadiri mesyuarat tersebut juga seumpama menyerahkan persetujuan kepada ahli-ahli yang lain.
  • Pengerusi/Pengarah/Ketua seharusnya menjadi seorang nakhoda yang adil dalam mengendalikan mesyuarat. Beliau boleh menggunakan kuasanya untuk tidak memanggil mesyuarat dalam membuat sesuatu keputusan. Namun begitu, sebaik sahaja mesyuarat sudah bersidang dan membuat keputusan, beliau harus menghormati perkara-perkara yang diputuskan sebagaimana ahli-ahli yang lain.
  • Pengerusi/Pengarah/Ketua mesti menggunakan kuasanya untuk memaklumkan keputusan mesyuarat kepada ahli-ahli yang berkenaan termasuk kepada ahli yang tidak hadir ke mesyuarat. Beliau juga boleh mengarahkan ahli yang lain bagi menjalankan tanggungjawab ini bagi pihak beliau. (* Beliau hanya boleh memaklumkan!! bukannya melakukan pindaan selanjutnya tanpa pengetahuan ahli-ahli mesyuarat... KEPUTUSAN sudah dibuat!!. Sebarang pindaan harus mendapat restu ahli-ahli yang lain!*)
Tanggungjawab

  • Sebagaimana yang disebut di atas, keputusan yang dibuat melalui mesyuarat adalah keputusan bersama dan ianya harus dilaksanakan secara bersama.
  • Seorang ketua harus bertindak dengan bijak dan adil bagi mengagihkan tugas kepada ahli-ahli supaya sebuah organisasi dapat berfungsi dengan baik.
  • Seorang ketua juga TIDAK perlu menekan dirinya untuk melakukan sesuatu perkara yang diputuskan secara berseorangan atau bersama orang-orang yang tertentu. Pengagihan tugas mesti dibuat sebagaimana yang dipersetujui secara kolektif(* Ini tidak bermakna seorang ketua boleh mengarahkan seseorang membuat tugas di saat2 akhir padahal selama ini suara ahli tersebut dipandang sepi*)
  • Berkorban adalah suatu amalan yang mulia dalam Islam. Namun dalam konteks sebuah organisasi, konsep ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika mana-mana ahli menghadapi konflik dalam sesuatu perkara. Maka ahli-ahli seharusnya berbincang dengan baik agar perancangan asal yang dibuat secara bersama dapat diteruskan tanpa cacat cela.
  • Tidak perlu mana2 ahli bertindak menjadi "Hero seluar dalam merah" dengan mengorbankan dirinya untuk melakukan semua kerja yang masih berbaki tanpa mendapat pandangan ahli-ahli yang terbabit.
  • Pengorbanan ini baik kerana ia membolehkan perancangan asal diteruskan dengan jayanya. Walaubagaimanapun, ia akan menjejaskan motivasi ahli-ahli lain kerana suara mereka langsung tidak didengari oleh ahli yang berkenaan. (*dah nama pun mesyuarat. segala masalah/rintangan harus dipikul bersama bukannya berlagak menjadi hero seorang diri*)
~~Sekian~~

p/s: Kalo aku dah start menyampah... sori la yea

p/s/s: Organisasi atas nama demokrasi adalah milik bersama bukannya milik laki bini, milik ayah, milik datuk sedara bukannya milik pusaka.okes?

p/s/s/s: Nak jdik hero gak? kalo cmtu sila buat "PARTI AKU HERO GEMILANG". kita wat meeting.. ko wat keja... kitorang makan... ko tolong masak.... kitorang tido malam... ko x yah tido malam.... haaa? kan best cmtue?

2 comments:

Ariff Shazwan said...

hahahahaha!

awat ni weyh.. jgn camtu.. rosak organisasi nanti.. Chill sudah.. :)..

TyRoX SaN said...

haa.. bkn aku tgh chill ke nie?