- Saya pasti rakan-rakan yang terdedah dengan sistem pendidikan Malaysia kenal atau mungkin memahami maksud hipotesis.
- Dalam bahasa yang lebih mudah, hipotesis adalah kesimpulan awal mengenai sesuatu perkara yang belum pasti kesahihannya.
- Jika hipotesis benar dan sahih maka ia akan diterima sebagai kesimpulan akhir. Jika pemerhatian/kajian menunjukkan sebaliknya maka hipotesis ditolak.
- Saya bukan pelajar yang bijak kerana tidak mendapat 5A dalam UPSR :((
- Saya masih teringat dengan format soalan peperiksaan bagi subjek Sains dimana pelajar dikehendaki untuk mengisi laporan sains yang kosong.
- Antara maklumat yang perlu diisi adalah objektif, hipotesis, pemerhatian dan kesimpulan.
- Oh ya. Sains merupakan subjek kegemaran saya ketika di bangku sekolah rendah (*rasanya saya adalah anak emas guru Sains di sekolah :)) *)
- Di bahagian soalan eksperimen, saya gemar untuk mengisi hipotesis kerana jawapan yang mudah menggunakan perkataan "Semakin". Pelajar tidak dikehendaki memberi jawapan yang tepat kerana hipotesis adalah kesimpulan awal.
- Contoh hipotesis yang digunakan semasa UPSR. "Semakin bertambah jarak semakin bertambah masa perjalanan". Jawapan seperti, "Semakin bertambah jarak semakin berkurang masa perjalanan " juga diterima sebagai jawapan yang betul.
- Namun begitu jawapan yang diberi harus mempunyai kaitan dengan soalan yang diberi. Jawapan seperti "Semakin bertambah jarak semakin banyak motosikal di atas jalan" adalah contoh respon yang kurang cerdik.
- Di peringkat universiti, saya tidak pernah memberikan hipotesis seperti yang pernah digunakan semasa di peringkat UPSR.
- Saya merasa agak janggal jika menggunakan format seperti berikut pada peringkat ini. Malah, saya tidak pernah melihat contoh hipotesis sedemikian sepanjang belajar di universiti.
- Mungkin cara menulis hipotesis dengan lebih mudah diterapkan di peringkat awal bagi memupuk minat terhadap subjek Sains.
- Disebabkan hipotesis belum terbukti benar maka saya ingin membuat beberapa hipotesis secara semborono. (*notis: sila skip jika tidak berminat untuk baca*)
- Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin bertambah bilangan peminat beliau.
- Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin bertambah bilangan musuh-musuh lelaki beliau.
- Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin bertambah kekeliruan beliau membuat pilihan
- Semakin berkurang kekacakkan Akmal, semakin bertambah kedukaan hati gadis-gadis.
- Semakin berkurang kekacakkan Akmal, jumlah peminat beliau tetap tidak berubah.
- Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin banyak surat yang diterima dalam peti surat beliau.
- Semakin bertambah kekacakkan Akmal, semakin poyo la beliau sehingga menulis perkara tidak berilmiah seperti ini.
- hoho... tamat dengan hipotesis yang merapu. Rupanya saya masih ada bakat menulis hipotesis setaraf UPSR... (*bangga siot*)
~Sekian~~
p/s: Aku tgh bosan tahap gaban